Harry dan Bulan aku bawa bersama Amoi dan Amok balik ke Terengganu...budak berempatni sememangnya memerlukan perhatian lebih kerana mereka sakit. Seperti yang dinyatakan dipost terdahulu Amoi dan Amok FIV +ve dan telah ada simptomnya, mereka perlu makan ubat setiap hari. Bulan baru sembuh dari Sporo dan dia juga FIV+ve. Harry ada masalah paru-paru, dan Harry perlu dipulihkan dari stress dan traumanya. Harry masuk wad di 2 klinik yang berlainan. Harry seekor kucing yang sangat sensitif, apabila keluar dari wad, dia protes tak mahu makan dan minum,,ubat apatah lagi, memang sangat susah untuk beri Harry ubat dan dah beberapa kali jariku cedera. Aku tak kisah asalkan dia sihat semula...tapi yang aku bimbangkan Harry akan mogok lapar apabila aku paksa makan ubat. Aduhai Harry...Harry...Sebelumni Harry dan Bulan duduk di tempat berasingan,,maklumlah Bulan kena sporo yang agak teruk..jadi mereka tak pernah bertemu.
Pertemuan pertama mereka berdua ialah apabila kulepaskan Harry dan Bulan di dalam rumahku di Terengganu. Aku bimbang juga jika Harry akan dijangkiti FIV dari Bulan. Tetapi apabila aku cari maklumat di internet dan aku bertanya dengan beberapa vet,,, kucing yang ada FIV dan kucing yang bebas FIV boleh bercampur dengan syarat kucing tersebut tidak menunjukkan simptomnya seperti selsema, tumbuh kudis di muka dan badannya dan kucing tersebut juga mesti bebas dari FeLV. Amoi dan Amok dah ada simptom FIV dan mereka tidak boleh bercampur dengan Harry. Pemindahan virus FIV dari kucing kepada kucing yang lain adalah sama caranya dengan pemindahan virus HIV dari manusia kepada manusia yang lain.
Harry budak baik,tak pernah bergaduh dengan kucing lain..tapi ada juga kucing lain yang ajak dia bergaduh masa dia sihat dulu,,lagipun Harry dah sunat,,kucing yang dah sunat tak suka gaduh-gaduh.
Bulan juga jenis yang tak suka gaduh..tapi baru-baruni Bulan on heat,,,susahnya hati aku ni..hampir setahun Bulan sakit..masa dia mula-mula sakit umurnya baru 3 atau 4 bulan. Bulan menanggung kesakitan hampir setahun...jadinya dia tak pernah on heat dalam tempoh tersebut. Apabila dia dah sihat...semua sistem badannya berfungsi semula..
Aku bercadang untuk memandulkan Bulan, tapi rasa bimbang mengatasi segalanya..macam-macam yang aku bimbangkan. Bimbang luka dalamannya sukar untuk sembuh,,bimbang dia tak tahan dengan ubat pelali sebab Bulan juga ada sikit ganguan saraf (jalannya tak betul-betul stabil)...dan badan Bulan juga agak kecil walaupun dia makan banyak...entahlah, dalam hal ini aku betul-betul berada dalam persimpangan. Aku perlukan nasihat pakar, aku tak sanggup menanggung risiko kehilangan Bulan pula.
Bulan tersangat gembira apabila kulepaskan,,,maklumlah selamani dia hidup dalam sangkar yang berbungkus dengan net,,sekarang dia bebas bergerak dalam rumah. Harry pula belum 100% sihat,,pergerakannya terhad,,dia cepat penat,,jalan sekejap pastu meniarap kat lantai..nafas dia masih berbunyi,,tapi taklah seteruk dulu.
Jangan putus asa yer Harry,,,mummy yakin Harry boleh sembuh sepenuhnya.
Gambar terbaru Harry 10.5.2012 |
Pada masa post ini ditulis..Harry dah boleh berlari-lari mengejar Bulan...dia nampak lebih ceria semenjak berkawan dengan Bulan. Aku selalu berdoa supaya Harry tidak dijangkiti FIV dari Bulan..Kekadang aku tengok mereka bergurau gigit-gigit gak...bila aku nampak cepat-cepat aku leraikan. Jika aku ke pejabat aku akan masukkan mereka dalam sangkar yang berasingan..bimbang mereka melakukan aksi di luar jangkaan....seperti memanjat sana-sini dan terlepas keluar atau bergurau secara berlebihan..Untuk mengelakkan cakaran..aku pastikan kuku mereka sentiasa ditrim pendek.
****
Kucing yang sangat sensitif seperti Harry jangan ditinggalkan di wad lama-lama terutama di wad yang ada anjing kerana mereka akan bertambah stress. Paling teruk mungkin boleh membawa kepada kematian. Kesilapan besar aku adalah meninggalkan Harry lama di wad dan juga telah meletakkan dia di wad yang ada anjing. Harry mogok lapar lebih dari 3 minggu..dia kehilangan air yang banyak dalam badannya, keadaannya sangat lemah. Pada mulanya aku nak tinggalkan dia di wad lagi,,tapi setelah berfikir panjang,,jika Harry mati dalam keadaan stress macamtu,,aku akan menyesal seumur hidup. Maka aku bawa dia balik...aku suapkan dia dengan susu kambing,,aku akan pastikan dia minum lebih dari 60ml setiap hari...kadang-kadang aku berjaya memberi dia minum 100ml..memang perlukan kesabaran yang tinggi sebab Harry tak suka apabila diletakkan sesuatu dimulutnya. Aku balut dia dengan tuala...pastu tepuk-tepuk, usap-usap dia dulu..suapkan susu perlahan-lahan menggunakan picagari. Memang sangat susah..tapi kini Harry dah boleh minum dan makan sendiri dan seleranya pula dah bertambah baik. Untuk tambahkan tenaga aku letakkan dalam makanannya pati ayam brands (ada seorang vet yang mencadangkannya pada aku). Ubat Harry terbiar begitu sahaja,,bila aku paksa dia makan ubat,,dia akan mogok tak mahu makan dan minum..suka hati kaulah Harry asalkan kau nak makan makanan yang mummy sediakan sudah cukup menggembirakan hati mummy..nanti mummy akan bawa Harry berjumpa doktor untuk pemeriksaan,,Harry jangan bimbang, mummy tak akan tinggalkan Harry di klinik lagi..
****
Ucapan terima kasih kepada Dr.Joe dan Dr.Rajes..kerana telah berusaha untuk menyelamatkan Harry...
****
Ucapan terima kasih kepada Dr.Joe dan Dr.Rajes..kerana telah berusaha untuk menyelamatkan Harry...