Saturday 23 June 2012

Menamakan anak-anak Yellow (Naneng)

Aku telah menamakan anak-anak si Naneng dan Naneng kunamakan semula sebagai Yellow...

****
Bukan senang nak cari nama walaupun nama seekor kucing..

Wednesday 20 June 2012

Naneng dan anak-anak

Semalam 19.6.2012, bumi Terengganu yang telah lama panas disirami hujan rahmat kira-kira pada pukul 5.30pm. Aku pulak baru sampai di rumah, selesai mengemas dan mandi akupun terlelap di depan tv,,tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara anak-anak kucing menjerit-jerit dibelakang rumahku. Tak lain tak bukan,,mesti ada anak-anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang. Tanpa berlengah, akupun membuka pintu belakang rumahku,, yang dah berbulan lamanya aku tak membukanya. Aku buka pintu pagar belakang rumah dan aku mencari-cari dari manakah datangnya suara-suara kecil itu.

Ya Allah!!! seekor ibu kucing tengah sibuk menyelamatkan anak-anaknya dari dalam longkang..2 ekor dah berada di atas tebing longkang, seekor lagi hampir-hampir jatuh ke dalam longkang manakala seekor lagi masih terendam di dalam air longkang..mengalir air mata aku melihat ibu dan anak-anaknya basah kuyup. Betapa kuatnya semangat mereka berjuang untuk meneruskan hidup. Tanpa berlengah, akupun mengendong anak-anak kucing tersebut,, manakala si ibu pula jalan mengikut di belakangku.

Aku lap badan budak-budaktu dan aku masukkan dalam kotak...kemudian aku masukkan ke dalam sangkar pula,,ibunya kuberi makan. Ibu kucingni sebenarnya selalu datang makan di rumahku ketika dia bunting dulu..mungkin dia membesarkan anak-anaknya di dalam longkang di belakang rumahku..dari keadaan fizikal kucingni,,kucing ini seperti pernah ada pemiliknya...biasalah manusia,, bila dah besar,,dah bunting,,,di biarkan di luar rumah atau dibuang..jika benarlah kucing ini dibuang...maka,,aku berdoa semoga Tuhan membalikkan hatinya untuk mengasihi haiwan ini satu masa nanti...esok aku akan menghantar Naneng dan anak-anaknya ke Kemaman untuk dijaga sementara oleh seorang sahabatku..Kau bersabarlah yer Naneng,,aku akan memmbawa kau dan anak-anak kau pulang ke kampung setelah siap taman mini yang aku rancangkan...kau tolong doakan mummy yer..supaya semuanya berjalan lancar,,










****
Beribu-ribu kucing dan anjing terbiar di luar sana,,alangkah bagusnya jika setiap rakyat di negara kita adopt sekurang-kurangnya 2 ekor kucing/anjing,,tentu tiada lagi kucing/anjing yang terbiar di luar sana, tentu tiada lagi haiwan yang menderita, terbiar, kelaparan, berpenyakit dan dizalimi. Semoga satu hari nanti akan ada undang-undang yang ketat tentang kebajikan haiwan seperti di luar negara. Pendera dan sesiapa yang mengabaikan haiwan peliharaan perlu dihukum setimpal dengan apa yang mereka lakukan. 

Friday 15 June 2012

Mak Uteh dan anak-anak

Kira-kira sebulan aku berada di Terengganu, rumahku aku telah didatangi oleh seekor kucing bewarna putih. Kurus, tak bermaya...mungkin dah beberapa hari tidak dapat makanan yang mengenyangkan...merengek sayu meminta belas kasihan..aku berikan Uteh makanan dalam tin dan juga kibbles,,gelojoh... terlalu lapar agaknya. Aku periksa badannya,,mata hampir tertutup, badan panas..nasib baik ada antibiotik dalam simpanan aku, lalu aku suapkan ubat tersebut. Aku kira umur Uteh dalam 6 atau 7 bulan...Apabila aku periksa perut Uteh, aku terkejut,,rupa-rupanya Uteh ada anak kecil..ada bekas anaknya menyusu...kesian Uteh,,kecik lagi dah ada anak,,patutlah dia tak bermaya...

Sejak itu, aku pastikan ada makanan di depan pintu rumahku,,Uteh selalu datang makan,,setiap hari aku beri Uteh antibiotik..lama-kelamaan badannya semakin kuat. Aku sentiasa terfikir,,di manakah Uteh sorokkan anak-anaknya..Tiba-tiba satu hari aku terdengar suara anak kucing datang dari sebelah rumahku..tak jauh rupanya Uteh sorokkan anaknya..Entah kenapa satu hari, hatiku terdetik untuk pulang awal...sebaik saja aku tiba di depan pintu pagar rumahku,,,aku ternampak 3 ekor anak kucing keluar dari ruang tempat letak tong sampah dipintu pagar rumah jiranku,,Uteh pulak sibuk melindungi anaknya dan cuba untuk membawa anaknya masuk ke dalam ruangan rumah jiranku..jiranku kata Uteh beranak di porch kereta, dan Uteh telah pindahkan anak-anaknya ke luar...errmmmm..., boleh caya ke??? tapi hati kecilku kuat menyatakan yang jiranku telah meletakkan Uteh di luar rumah...entahlah,,,aku tak nampak..hanya Allah saja yang tahu keadaan sebenarnya...sian Uteh...Kalau aku terlewat sikit je,,aku yakin anak-anak Uteh dah di gilis kereta jiranku dan kenderaan yang lalu-lalang. Aku ambil kotak, pungut anak-anak Uteh yang berkeliaran tu dan bawa mereka masuk ke dalam rumah.

Mula-mula masuk rumah
Anak-anak Uteh agak sihat
Anak-anak Uteh berisi jugalah badannya,,patutlah Uteh kurus kering,,pandai Uteh menjaga anak-anaknya. Uteh ku mandikan,,lap bersih-bersih muka dan telinganya,,tak susah uruskan Uteh ni...agaknya dia tahu dia anak pungut,,
Uteh tak memilih makanan,,apa saja yang kuberi..dia makan jer...

Aku akan jaga kau dan anak-anak kau Uteh setakat yang aku mampu,,kau doakanlah mummy dimurahkan rezeki,,agar mummy dapat menjaga kau dan kawan-kawan kau dengan baik..
 
Bulan, Harry, Amok dan Amoi menerima baik Uteh dan anak-anaknya..tapi untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini, aku masukkan Uteh dan anak-anaknya ke dalam sangkar. Uteh akan marah kalau sesiapa mendekati sangkarnya,,maklumlah dia nak melindungi anak-anaknya...sebelum perang dunia ke-3 terjadi,,lebih baik aku ambil langkah berjaga-jaga...jadinya aku akan lepaskan mereka secara bergilir.
Muka boss penjaga kawasan

****
Selamatkanlah kucing-kucing terbiar terutama ibu kucing dan anak-anaknya, kucing yang tercedera..Jangan kedekut untuk memberi mereka makan..merekapun rasa lapar dan dahaga...mungkin hanya kerana kita pernah memberi makan dan minum haiwan-haiwan terbiar dengan ikhlas,,kita akan terhindar dari azab kubur dan api neraka...siapa tahu..

Jangan biarkan kucing-kucing anda membiak,,kawal kelahirannya,,kehidupan mereka hanya mengikut naluri...kita yang kena kawal pembiakan mereka...

Wednesday 13 June 2012

Miss Linie kembali kepada Penciptanya

Minggu lepas aku telah diberitakan Miss Linie ku telah kembali kepada Penciptanya...Perasaanku??? terkejut, sedih dan terkilah. Mulanya, aku ingin membawa Linie bersamaku pulang ke Terengganu,,tapi apakan daya keretaku telah penuh dengan budak-budak yang sakit dan juga barang-barangku,,dah tak ada ruang untuk carrier Linie. Linie telah dibuang oleh manusia durjana di selekoh jalan masuk ke rumahku. Umur mereka kira-kira sebulan lebih pada masatu. Tiga beradik malang yang berkurap teruk ku kutip lalu kurawat, tapi malangnya dua beradiknya yang lain mati dulu selepas beberapa minggu berada di rumahku. Linie membesar bagai Johan..comel, manja dan kelakar,,sentiasa menceriakan suasana. Linie tinggal bersama nenek Mawar dan nenek Ray. Sehingga satu hari nenek Mawar tercakar biji mata Linie,,mata linie membengkak lalu kubawa ke klinik untuk rawatan,,selepas pembedahan aku rawat sendiri Linie sehingga sembuh..dalam tempoh tersebut Linie terpaksa diasingkan dari nenek-nenek kesayangannya itu.  Selepas dua minggu, jahitan dibuka dan Linie kembali ceria.


Namun aku terpaksa pulang ke Terengganu kerana tugas. Kata emak, Linie mula taknak makan,,badannya semakin kurus sehinggalah dia menghembuskan nafasnya pada petang Jumaat, keadaan ini berlaku terlalu pantas. Maafkan mummy Linie kerana mummy tak ada disisi Linie ketika Linie amat memerlukan mummy. Mak kata mungkin Linie rindukan aku sebab sebelumtu dia memang sihat. Sebelum balik ke Terengganu aku sempat memandikan Linie dan aku juga telah meninggalkan beberapa jenis ubat yang selalu aku gunakan untuk rawatan asas bagi kucing-kucingku yang tak sihat. Aku terkilan kerana tidak dapat membawa Linie bersamaku,,sehingga kini masih bergenang airmataku apabila mengenangkan Linie. Mummy sayang sangat kat Linie,,tapi Allah lebih sayangkan Linie lagi,,semoga kita bersama semula di alam yang kekal abadi.

****
Jika kita selalu bersama mereka, merekapun akan rasa kehilangan jika kita tiada disisi mereka. Bawalah mereka ke mana kita pergi jika kita mampu dan lebih-lebih lagi jika kita terpaksa menetap disatu-satu tempat dalam jangkamasa yang lama.