Monday 27 February 2012

Budak JAWA dan Brad Pitt

Appointment untuk menyunatkan dak yatim Jawa sepatutnya pada pukul 9.00am (27.2.2012), tetapi malangnya aku terperangkap dalam kesesakan jalanraya akibat dari laluan yang telah ditutup untuk Le Tour De Langkawi Malaysia 2012. Nasib baik budak JAWA tiga ekorni, SIJIE, LORO dan TELU tak buat hal. Sampai di klinik dalam pukul 10.00am dan aku menunggu sehingga mereka siap disunat.

Setelah siap semuanya, akupun menghantar budak-budak JAWAni balik ke rumah, kemudian aku keluar semula kerana ada urusan. Rupa-rupanya dalam pukul 12.00pm barulah pelumba-pelumba Le Tour De Langkawi sampai di Batu Pahat. Teruk juga jam di Batu Pahat ketika itu.

Pada hari ini Selasa, 28.2.2012, budak-budak JAWAtu dah mula cergas. Pada hari ini juga merupakan giliran BRAD dan PITT pula bersunat. BRAD dan PITT mempunyai 2 ekor lagi adik beradik ANGIE dan JOLIE. Mak (BELANG) dan kakak mereka(TIPAH)dibuang orang ke rumah aku, ketika itu BELANG tengah mengandungkan BRAD, PITT, ANGIE dan JOLIE.





Sepanjang perjalanan ke klinik BRADlah yang paling bising sekali,,PITT cool jer,,sesekali berbunyi perlahan. Akhirnya siap juga operation tu,,pukul 12.00pm barulah aku mengambil mereka di klinik.




****
Sori yer anak-anak terunaku,,mummy terpaksa menyunatkan korang. Bagi mereka yang tidak faham,,tolong jangan menuduh aku zalim, menganiaya kucing ataupun aku berdosa melakukannya (Sila rujuk post sebelumni). Setiap kali aku menyunatkan mereka,,,aku rasa sangat bersalah pada mereka, hanya Tuhan jer yang tahu perasaan aku ni,,tapi apakan daya???? aku "TERPAKSA".




Saturday 25 February 2012

Mari Bersunat

Khamis 23.2.2012 aku telah membawa dak APANG berjumpa Dr.Liza untuk bersunat...dalam masa yang sama AMON pun dibawa sekali kerana aku dapati dia tak sihat.



Umur APANG dah 7 bulan,,memang masa yang sangat sesuai untuk menyunatkan dia.




  





Aku sampai di klinik dalam pukul 10.30am, setelah diperiksa tahap kesihatannya, APANG boleh disunatkan. AMON pula, setelah diperiksa didapati FPV positif tetapi virusnya hanya sedikit sahaja,,masih boleh dirawat.


AMON FPV positif

Dr.Liza kata dalam pukul 6 barulah aku boleh mengambil APANG,,tapi aku minta beliau cuba untuk siapkan dalam pukul 4.00pm. Lamanya aku kena tunggu,,nak balik rumah, 2 jam perjalanan,,akupun pandu kereta terus ke Jaya Jusco,,hampir dua jam aku melilau tanpa arah,,akupun terus ke masjid Al-Azim,,lepas sembahyang zohor,,aku terus lelapkan mata,,3.30pm akupun bertolak ke klinik semula untuk mengambil budak berduatu.






AMON terpaksa dikurung berasingan dari APANG di seat belakang kerana takut virusnya menjangkit ke APANG,,dan APANG pula duduk di seat penumpang sebelah aku,,tetapi hanya bertahan untuk beberapa minit sahaja dan APANG menyelinap masuk ke bawah seat dan tidur di situ sehinggalah sampai di rumah.

Keesokkannya aku membawa pula AKOK dan ATAM bersunat di klinik Batu Pahat. AKOK dan ATAM adalah abang kepada BULAN.


Sebelumtu budak berduani dah start nak bergaduh,,maklumlah dah besar,,masing-masing nak menguasai kawasan. Tetapi apabila dalam kereta kemain lagi berhimpit-himpit,,tahupun takut yer. Baru naik kereta mummy,,lom lagi naik lori.


Akhirnya sampai juga di klinik,,nasib baik tak ramai orang,,bolehlah En. Malik melakukannya dengan aman damai.



Pada hari ini 26.2.2012,,ketiga-tiganya telah kembali sihat..Alhamdulillah. Mummy lakukannya untuk kebaikan korang semua,,tak terniat langsung di hati mummy ini untuk menzalami atau menyiksa korang semua. Esok (Isnin 27.2.2012) aku akan menghantar kanak-kanak lelaki seramai 5 ekor lagi untuk bersunat. Semuatu adalah kucing-kucing yang dibuang oleh manusia durjana yang tak bertanggungjawab...kau tunggulah balasannya..


****
Hukum mengkasi atau mengembirikan haiwan kesayangan adalah HARUS. Hukum ini dikeluarkan oleh JAKIM. Sebelum hukum ini keluar,,aku tak pernah mengkasi kucing-kucing aku,,akibatnya mereka membiak dengan banyaknya, walaubagaimanapun, aku tak pernah membuang mereka. Setelah hukum ini keluar barulah aku berani mengkasi mereka untuk menghalang populasi mereka bertambah banyak. Ada yang mengatakan aku zalim, berdosa mengkasikan mereka,,kesian kat kucingtu,,terpulanglah untuk mereka berkata apapun,,itu hak mereka,,mulut mereka,,tetapi bagaimanakah jika:-

1. Kucing mereka dibiarkan beranak pinak,,kemudian dibuang merata,,kelaparan, disepak terajang, didera, berpenyakit. Adakah perbuatan mereka ini tak zalim,, tak berdosa???
2. Dalam setahun seekor ibu kucing boleh melahirkan anak untuk beberapa kali dan setiap kali kelahiran secara puratanya adalah 4 ekor. Apakah nasib mereka?? buang?? itulah mentaliti BODOH orang kita. Kalau mampu menjaga mereka takpe, mereka boleh biarkan kucing mereka membiak, tetapi kalau dibuang, menyusahkan hidup orang lain dan menyusahkan kucing-kucingtu,,,mereka sebenarnya lebih zalim.

Adalah lebih baik jika kita mengawal bilangan mereka sepertimana manusia merancang kelahiran anak-anak mereka. Bezanya manusia berakal,,mereka boleh mengawal kelahiran, tetapi untuk haiwan,,kita yang kena mengawal bilangan anak-anak mereka.

Di dalam situasi yang aku hadapi sekarang, 100 ekor kucing dalam jagaan aku,,aku terpaksa mengkasi mereka,,aku mempunyai keupayaan fizikal, material dan kewangan yang terhad,,jadinya aku terpaksa mengawal bilangan mereka. Samada BERDOSA atau tidak aku mengkasi kucing-kucing ini,,aku berserah kepada Allah untuk menghukumnya dan aku yakin dengan HUKUM yang dikeluarkan oleh JAKIM di dalam situasi aku sekarang.  

****

Aku akan hilang rasa hormat terhadap orang yang nampak Alim, 24jam berkopiah, ke masjid 5 kali sehari, membaca Al-Quran hari-hari,, berpelajaran, berkedudukan tinggi tetapi zalim terhadap haiwan. Sebaliknya akan timbul rasa hormat aku terhadap orang yang dikatakan jahat, gila, miskin, tak berpelajaran yang memberi makan walaupun secubit roti terhadap haiwan terbiar.  

Thursday 23 February 2012

BULAN dan Dr. Rajes

Isnin 20.2.2012 aku telah membawa BULAN bertemu Dr.Rajes, doktor yang merawat BULAN ketika BULAN mempunyai peluang yang amat tipis untuk hidup. TQ doktor...jasamu BULAN akan kenang sampai bila-bila...



Dr.Rajes terkejut dengan perubahan BULAN..tak sangka BULAN boleh melawan penyakitnya..luka-luka di kaki, telinga dan hidung hampir 100% sembuh...dan BULAN bertambah cantik..nampaknya BULAN telah menceriakan Dr.Rajes pada hari itu...sepanjang bertemu BULAN Dr.Rajes tak henti-henti senyum..(maklumlah kes BULAN adalah kes yang paling kritikal yang pernah Dr.Rajes rawat)









BULANpun macam takut-takut jer..mungkin dia takut ditinggalkan di klinik lagi.InsyaAllah.. BULAN tak akan duduk di klinik lagi...semoga BULAN terus sihat..


Sebelum balik Doktor bekalkan BULAN Vetri-DMG immune booster dan antibiotik untuk selsemanya. BULAN juga dapat hadiah 1 tin ZD dari Dr.Rajes. Akan berkunjung lagi ke klinik Dr.Rajes apabila BULAN sihat sepenuhnya nanti untuk di spay.



****
Walaupun tak pandai bercakap tentu BULAN sangat-sangat berterima kasih dengan Dr.Rajes kerana berusaha memberi peluang kedua untuknya hidup di dunia ini (semuanya dengan izin Allah). Apakah yang akan kita lakukan apabila kita diberi peluang kedua,,tak kiralah peluang untuk hidup setelah hampir mati, peluang untuk senang setelah lama hidup dalam kemiskinan, peluang sihat setelah lama menderita sakit, peluang untuk berbuat baik setelah lama hidup dalam kesesatan dan peluang bercakap benar setelah lama kita berbohong???? Semoga kita tidak mensia-siakan peluang yang ke-2 ini. 

Friday 17 February 2012

Miss Linie ku Sayang

Hari ini (17.2.2012) aku membawa LINIE ke klinik untuk membuka jahitan di matanya..
 




Setelah sampai di klinik..tiba-tiba LINIE ternampak sesuatu yang lebih comel dari dirinya..:-))


***Abaikan kaki yang kelihatan

Dak COCOni baik,,bersopan,,nampak macam anjing bijak.



Tiba-tiba LINIE dipanggil masuk...








Doktor kata rupa-rupanya LINIE dah buka satu jahitan...kenapalah kau tak buka semua jahitan tu LINIE...takyahlah mummy gi anto ke klinik.




Akhirnya jahitan berjaya dibuka...yeayy!!! Jom balik rumah...





***
Kucing kalau sakit, tak pernahpun merungut, tapi kalau manusia, berapa kerat jer yang senyap dan sabar, kebanyakkannya pot...pet...
pot..pet..termasuklah mummy dia 
(tapi kadang2 jer...:-))

Thursday 16 February 2012

Si Comat Dak Ganu Sejati












Elehh...sejak bilalah si COMAT pandai makan keropok lekor dan budu...ikan goreng depan matapun taknak makan..takut kena tinggallah tu..:-)



Ingat gak si COMAT ngan adik2 yatim dia tu...kalau gaduh nanti siap kau COMAT
 





Yelahtu COMAT..jangan kau buat hal dalam kereta sudah..kalau nak terkuciltu, cubalah tahan sikit..tapi kalau dah tak tahan bagitahulah mummy cepat-cepat..jangan kat tengah hutan kau buat hal...pening kepala mummy nanti menghidu haruman kasturi kau COMAT..mummy takut nak berhenti tengah hutan..


****
Ingatlah asal usul kita dari mana,,sejauhmanapun kita merantau "hujan emas di negeri orang,,hujan batu di negeri sendiri,,lebih baik di negeri sendiri"...Asal kita dari tanah...satu hari nanti kita akan kembali juga ke tanah...sekaya manapun kita, setinggimanapun kedudukan kita, sehebat manapun kita, sekuatmanapun kita, secantik manapun kita....INGAT!!!! KE TANAH JUGA  KITA AKHIRNYA... 

Tuesday 14 February 2012

Toilet Kucing Yang Praktikal

Aku berasal dari kampung. Masa aku kanak-kanak dan remaja kucing-kucing aku bebas keluar masuk rumah tak kira siang atau malam. Disebabkan kucing selalu hilang,,mungkin ditelan ular sawa maka mereka hanya dibenarkan keluar pada waktu siang sahaja. Waktu malam dikurung dalam rumah...di manakah mereka melabur??? Jawapannya mereka melabur  dalam takung yang berisi tanah,,takungtu pula di buat dari tin minyak tanah yang dipotong dua. Tapi lama kelamaan mereka diajar melabur di dalam bilik air,,caranya,,kurungkan mereka di dalam bilik air pada waktu malam..bila dah pandai mereka tak perlu dikurung lagi..tetapi ada gak yang buat hal melabur atas kain lap kaki, tilam dan juga atas karpet....biasalah tu...:-)

Bila kucing dah bertambah maka dibinakan rumah kucing di luar rumah,,,dan mereka melabur dalam takung berisi tanah dan kadang-kadang aku guna pasir juga (pasir buat rumah). Tapi bila aku dah bekerja dan tinggal di rumah sendiri aku gunakan pasir yang dijual disupermarket,,mula-mula ok lah..tapi aku tak selesa apabila pasir selalu berterabur dan kekadang najis mereka berterabur sekali atas lantai, berbagai jenis pasir kucing telah kucuba...tapi aku masih tak berpuashati. Akupun mendapat idea, idea ni aku dapat ketika aku membela anak kucing,,anak kucing selalunya aku alas dengan kertas surat khabar sahaja...dan mereka berak kencing atas surat khabar tersebut.

Cara-caranya:-

1.  Ambil takung kosong, boleh dibeli dimana-mana kedai barangan plastik dengan harga RM10 (besar) dan   RM7 (sederhana)




2.  Alaskan dengan surat khabar,, kalau boleh biar tebal sikit untuk menyerap segala cairan. Aku suka guna suratkhabar Cina, kerana ianya tipis dan senang menyerap. Surat khabar lainpun boleh,,takde salahnya..




3.  Siatkan suratkhabar yang lain.



4. Masukkan kertas yang dah disiat ke dalam takung yang dah beralas tadi.




5. Tadaaaa!!!! siap untuk digunakan





6.   Setelah selesai...digulungkan nasi lemak tersebut lalu dimasukkan ke dalam plastik sampah dan pada keesokkan harinya akan diangkut pula oleh lori sampah ke tempat pelupusan sampah.





Jika sebelum ini kucing anda menggunakan pasir,,peralihan boleh dilakukan dengan cara:

1.   Minggu pertama campurkan "SEDIKIT" kertas yang disiatkan ke dalam pasir yang kucing anda selalu gunakan.

2.   Minggu kedua,,tambah kuantiti kertas ke dalam pasir.

3.  Minggu ketiga,,kuantiti kertas ditambah supaya lebih banyak dari pasir.

4.  Minggu keempat pertukaran kepada kertas sepenuhnya


Kebaikan menggunakan kertas:

1.  Murah.
2.  Tak bersepah
3.  Lebih bersih
4.  Senang diuruskan
5. Kertas mengandungi karbon,,karbon adalah penyerap bau (walaupun tak 100%)

Keburukkannya :

Kaki kucing anda mungkin akan jadi hitam sedikit,,tetapi tak mengapa kalau dilap atau dimandikan akan hilanglah warna hitam karbontu.

##Bagi saya,,penggunaan kertas lebih praktikal dan menjimatkan. Penggunaan kertas adalah pilihan pertama saya, kedua kristal (mahal sikit) dan ketiga barulah pasir. Jika anda outstation,,letakkan 2, 3 takung atau lebih mengikut bilangan kucing yang anda ada dengan anggaran mereka berak dan kencing 2 kali sehari.

Sekian,,,SELAMAT MENCUBA!!!!!



****
Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya,,yang penting jangan putus asa untuk mencuba. Penyelesaian yang kita pilih pula mestilah mengikut kemampuan dan kesesuaian kita.

Adik Baru

Masa aku jalan-jalan di pasar minggu..ternampaklah aku dengan beberapa ekor anak kucing yang comel-comel. Aku bawa pulang sekor,,nak ambil semua aku tak mampu la pulak (zalim ke aku memisahkan mereka???)..Mintak-mintak budak yatim 6 ekortu dapat menerima adik baru ni..



Budak-budak yatimni memang baik hati..pandai ambik hati dan sedar diri..:-))



























****
Benda-benda yang palsu selalunya lama kelamaan akan diketahui juga, begitu juga perkara yang melibatkan perasaan...kucingpun tahu siapa yang sayang mereka dan siapa yang benci mereka.