Wednesday 1 February 2012

Junior The Tabby Cat

Nama Blogg ini Junior The Tabby Cat adalah sempena nama kucingku Junior yang telah kembali kepada penciptanya. Junior telah ditinggalkan oleh ibunya di tepi tiang letrik di hadapan rumah sewaku di Banggol Air Lilih, Terengganu di sekitar tahun  2005/2006. Ketika itu Junior terlalu kecil dan baru buka mata. Junior adalah kucing pertama yang kubela sendiri dari baby kitten sehinggalah dia besar.

Semalaman kuletakkan Junior di dalam kotak dengan harapan ibunya akan datang mengambilnya. Sehingga subuh ibunya tidak datang, lalu kubawa masuk ke rumah, ku alaskan kotak dengan kain tebal dan kuberi minum susu menggunakan sudu, Junior masih menangis,,akupun masukkan air suam ke dalam botol lalu kubalutkan dengan tuala supaya dia rasa hangat. Alhamdulillah Junior tidur nyenyak..tiga jam sekali ku beri minum susu. Kubelikan picagari dan juga botol susu bayi manusia kerana di Terengganu pada masa itu tiada kedai yang menjual botol susu kucing atau aku sendiri tak tahu di mana petshop. Selama sebulan ku beri Junior minum menggunakan picagari. Apabila hari bekerja,,aku akan pulang ke rumah untuk menyusukannya pada pukul 10am dan 12pm..Kadang-kadang aku bawanya ke pejabat kalau aku banyak kerja.

                                              Junior dengan Ain

Bila usia Junior sebulan, kuberi dia minum susu menggunakan botol susu manusia, Junior sangat pandai menghisap susu menggunakan botol susu tersebut. Apabila besar kuhantar Junior ke kampung..sebabnya masatu banyak kursus di luar...jadi tiada siapa yang boleh menjaga Junior semasa ketiadaan aku. Semenjak itu Junior tinggal di kampung...kesian dia,, hingga sekarang aku rasa bersalah terhadap Junior kerana tidak membawanya balik ke Terengganu hidup bersamaku. Aku juga rasa bersalah dengan Junior kerana aku agak mengabaikannya semenjak kehadiran anak-anak yatim berenam ini..Junior meninggalkanku pada 26.9.2011 pada pukul 1.00am disebabkan batu karang. Maafkan mummy Junior...Mummy tidak akan melakukan kesilapan yang sama lagi dan akan menjaga kawan-kawan Junior yang lain sebaik mungkin...Mummy sayangkan Junior dan akan sentiasa ingatkan Junior sampai bila-bila...semoga kita akan berjumpa lagi di alam yang lain..







2 comments:

  1. Merentasi masa dengan penuh kenangan...dan dengan kenangan itulah yang mematangkan kita...tanpa ujian hidup maka tiada kenangan untuk kita kenang dalam meniti perjalan hidup ini...semoga kehadiran blog ini akan membuatkan dirimu lebih kuat dengan semangat, keyakinan, kepercayaan dan juga doa-doa tanpa disedari...(nureen)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah...apa yang kita buat jangan mengharapkan balasan...kalau terlalu mengharapkan balasan..nnti kita kecewa...lapangkan kepala dan dada...semuanya akan ok..:-0)

    ReplyDelete