Appointment untuk menyunatkan dak yatim Jawa sepatutnya pada pukul 9.00am (27.2.2012), tetapi malangnya aku terperangkap dalam kesesakan jalanraya akibat dari laluan yang telah ditutup untuk Le Tour De Langkawi Malaysia 2012. Nasib baik budak JAWA tiga ekorni, SIJIE, LORO dan TELU tak buat hal. Sampai di klinik dalam pukul 10.00am dan aku menunggu sehingga mereka siap disunat.
Setelah siap semuanya, akupun menghantar budak-budak JAWAni balik ke rumah, kemudian aku keluar semula kerana ada urusan. Rupa-rupanya dalam pukul 12.00pm barulah pelumba-pelumba Le Tour De Langkawi sampai di Batu Pahat. Teruk juga jam di Batu Pahat ketika itu.
Pada hari ini Selasa, 28.2.2012, budak-budak JAWAtu dah mula cergas. Pada hari ini juga merupakan giliran BRAD dan PITT pula bersunat. BRAD dan PITT mempunyai 2 ekor lagi adik beradik ANGIE dan JOLIE. Mak (BELANG) dan kakak mereka(TIPAH)dibuang orang ke rumah aku, ketika itu BELANG tengah mengandungkan BRAD, PITT, ANGIE dan JOLIE.
Sepanjang perjalanan ke klinik BRADlah yang paling bising sekali,,PITT cool jer,,sesekali berbunyi perlahan. Akhirnya siap juga operation tu,,pukul 12.00pm barulah aku mengambil mereka di klinik.
****
Sori yer anak-anak terunaku,,mummy terpaksa menyunatkan korang. Bagi mereka yang tidak faham,,tolong jangan menuduh aku zalim, menganiaya kucing ataupun aku berdosa melakukannya (Sila rujuk post sebelumni). Setiap kali aku menyunatkan mereka,,,aku rasa sangat bersalah pada mereka, hanya Tuhan jer yang tahu perasaan aku ni,,tapi apakan daya???? aku "TERPAKSA".
No comments:
Post a Comment