Thursday 2 February 2012

Mikey Si Anak Angkat

Selepas Junior balik ke kampung...rumahku sering didatangi oleh seekor tetamu kuning berekor panjang, selalunya dia datang dalam pukul 5 hingga 6 petang. Mula-mula bila di ajak masuk ke rumah dia malu-malu kucing tetapi jinak-jinak merpati. Aku panggil namanya NANING, sebelum ini aku selalu nampak si NANING suka melepak di laluan kereta di hadapan sebuah rumah di taman perumahan yang aku duduki, kadang-kadang rasa bimbang juga...aku akan memandu berhati-hati apabila terlihat si NANING...orang lain belum tentu lagi...aku selalu bimbangkan keselamatan NANING. NANING dah mula berani masuk ke rumahku,,kuberi makan dan minum, lama kelamaan NANING jinak dan hari-hari dia bermalam di rumahku..Dalam hatiku..mungkin NANING ingin menemaniku..mungkin dia tahu aku duduk sorang diri di rumah itu.
 
                                      Mula-mula Mikey tinggal di rumahku

 Aku merasakan penting untuk aku mengetahui siapakah tuan punya si NANINGni...Akupun terus menuju ke rumah yang NANING selalu kulihat dan bertanya samada NANING ini kepunyaan beliau dan dia menyatakan memang NANING kucing beliau. Kak Faridah adalah seorang anggota polis dan katanya nama sebenar NANING adalah MIKEY...patutlah bila aku panggil NANING, dia kurang responnya...Mulai saat itu aku berkawan baik dengan tuan MIKEY...kalau ada budak-budak nakal melepak di belakang rumahku dalam keadaan yang meragukan aku akan panggil sahaja kak Faridah untuk sergah mereka...bertempiaran mereka cabut lari...itulah AJAIBNYA SEEKOR KUCING YANG BOLEH MERAPATKAN SILATULRAHIM SESAMA MANUSIA...kita je yang tak mahu berfikir. Sejak itu MIKEY melekat di rumahku...kata kak Faridah MIKEY dah lupa daratan semenjak dapat mummy baru...hehehe..mungkin kak Faridah sibuk sebab itu MIKEY selalu berada di rumahku. 

                                              Mulut kiri Mikey yang senget

Aku perhatikan ada kelainan pada MIKEY,,air liurnya selalu meleleh dan mulut sebelah kirinya senget sedikit. Kak Faridah mengatakan MIKEY pernah eksiden dan rahangnya jatuh. Kesian MIKEY...dan umur MIKEY dah banyak juga....kalau dikira-kira sekarang MIKEY dah berumur 8 hingga 9 tahun...kira warga emaslah si MIKEYni...MIKEY tak boleh makan makanan keras,,,makanan dia adalah makanan basah dan ikan tongkol rebus...Apabila COMAT dah besar...mereka berkawan baik..dan bila aku balik kampung, akanku bawa kedua-duanya sekali..

                                                          COMAT dan MIKEY
Kak Faridah mempunyai seekor lagi kucing bernama ATOI...kadang-kadang ATOI singgah juga di rumahku tetapi ATOI setia dengan kak Faridah dan sentiasa balik ke rumahnya. Untungnya si MIKEY kerana dia memiliki dua mummy,,,insyaAllah pada bulan Mac nanti aku akan pulang ke Terengganu untuk fieldwork study dan akan aku bawa MIKEY untuk berjumpa mummy nombor satunya... :-)

No comments:

Post a Comment