Thursday, 9 February 2012

Zalimnya Manusia

Kalau tak suka..jangan dizalimi, jangan dihina, jangan dibenci..Apa salahnya kita kongsikan sedikit rezeki kita utk mereka walaupun hanya segenggam nasi bercampur ikan bilis. Mereka macam kita juga hanya makhluk ciptaan Allah, mereka berhak ke atas muka bumi ini,,,mereka juga merasai sakit, lapar dan dahaga. Tidak rugi berbuat baik kepada mereka..Ingat!!! kucing adalah binatang kesayangan Nabi,,Percakapan dan Perbuatan Nabi pula adalah "SUNNAH BAGINDA"

Gambar di bawah ialah kejadian yang tidak berperikemanusiaan yg berlaku pada 26.1.2012..ada orang membuang 15 ekor kucing di rumah aku..di dalam sangkar kecil ini dimuatkan sebanyak 10 ekor kucing dan yang 5 lagi dibiarkan berkeliaran. Aku menganggap ianya sebagai satu PENGANIAYAAN TERHADAP AKU DAN JUGA TERHADAP KUCING-KUCING TERSEBUT. Walaubagaimanapun,,aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga kamu semua,,semoga rezeki melimpah ruah..Aminnn. Sesiapa yang membuangnya kau tunggulah balasannya, kalau tak di dunia ini, dialam kubur nanti atau di akhirat kelak kau akan rasa juga balasan di atas perbuatan kau  ini.


Hari pertama


Buat sementara waktu untuk mengelakkan mereka berkeliaran, mereka ditempatkan di bumbung rumah kucing. Cuaca terlalu panas..maka mak aku menyuruh Pak Ayob buat banglo baru untuk mereka.

Banglo dalam pembinaan

Operasi besar-besaran membersihkan mereka telah selesai dilakukan. Mandi, yang kecil-kecil aku lapkan jer badan mereka dan bersihkan telinga mereka yang dah berkerak. Budak-budak yang kecik selsema, sakit mata dan berkurap. Aku merawat mereka dengan memberi mereka antibiotik, ubat mata dan minyak gamat untuk di sapu di tempat yang berkurap. Esok aku akan cari ubat cacing dan DMG untuk immune booster. Operasi kutu juga akan dilakukan nanti. Apabila dah betul-betul sihat aku akan vaksinkan yang kecik2 dulu. Semoga kembali sihat dan panjang umur.

Yeayyy!!! banglo dah siap!!! Jom kita rasmikan ramai-ramai!!!






Walaupun tak berapa selesa, aku harap korang semua bersabar sementara menunggu rumah yang lebih selesa di bina hujung bulanni dan juga sementara cita-citaku membina taman untuk kamu semua menjadi realiti..doakan la mummy yer..


***
Kalau tingkah laku manusia dah lebih teruk dari haiwan..dimanakan kedudukan mereka sebagai manusia,,layakkah mereka dipanggil manusia, makhluk paling sempurna yang dicipta oleh Allah. Bersyukurlah jika kita tidak tergolong dalam kumpulan manusia yang zalim macamni..

3 comments:

  1. Cerita ini buat umi-e menangis lagi... menagis kerana gembira kucing2 ini mendapat tempat dan diterima...menangis juga kerana sedih dengan sikap dan perbuatan manusia zalim yang membuang mereka...

    Ya Allah... Kau limpahkan rezeki dan rahmat-Mu kepada hamba-Mu yang baik hati ini, yang sanggup menerima kucing2 yang dibuang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab itu...Ya Allah kau berikanlah keinsafan terhadap diri orang yang membuang kucing2 itu... amin...amin... ya rabbal alamin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin....Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita...ada hikmah yang tersembunyi...

      Delete
    2. InsyaAllah...apabila sesuatu kita buat dengan ikhlas,,ada jer jalan penyelesaian kalau ada masalah.

      Delete