Si COMAT aku jumpa dia ketika sedang melintas jalan. Mungkin umurnya baru sebulan lebih dan mungkin juga dia dibuang orang di tong sampah....sian COMAT, siapa yang membuang kau COMAT akan mendapat balasannya nanti. Pada ketika itu hujan mula reda selepas hujan yang lebat, air berarus laju di tengah jalan, si COMAT terkedek-kedek melintas jalan yang dipenuhi air mengalir. Mungkin dia dari tong sampah besar yang terletak di tepi jalan. Akupun membrek kecemasan keretaku, nasib baik tidak ada kenderaan di belakang keretaku,,kereta di depan semakin hampir,,akupun terus menyambar COMAT dan kubawa masuk ke dalam kereta. Sampai di rumah terus kumandikan dia, lap kering-kering, beri minum susu dan kumasukkan ke dalam kotak yang kuletakkan botol air suam dibalut tuala. Mencabar juga menjaga si COMATni. COMAT sering menangis dan berak cair, habis karpet menjadi mangsa COMAT,,aku buka semua karpet dan ada juga yang aku buang kerana tak larat nak membasuhnya. Comat juga mempunyai kurap yang agak tebal dibadannya. Setiap hari aku merawatnya sehinggalah sembuh.
Semakin hari COMAT semakin sihat...Alhamdulillah...dan COMAT juga semakin kelakar dan comel..Bila balik kampung, aku akan membawanya sekali. COMAT berkawan baik dengan si MIKEY anak angkatku yang akan kuceritakan nanti. COMAT juga kucing yang sangat mudah dibela tak banyak ragamnya...mungkin masa kecil dia bermasalah dan apabila besar dipermudahkan untuk menjaganya. Apabila umurnya setahun aku hantar si COMAT bersunat (neuter). Tinggalkan COMAT semalaman di klinik,,,teringatkan dia hinggakan aku tak dapat tidur lena malamtu...macam-macam aku fikir. Awal-awal pagi aku dah tercongok di depan klinik menunggu klinik dibuka. Syukur COMAT tak apa-apa dan dia sihat.
COMAT dan MIKEY adalah penemanku selepas Junior. Inginku bawa Junior tinggal sekali denganku tetapi ibuku melarang mungkin dia dah sayang pada Junior. Selama COMAT bersamaku, dah tiga kali dia dan MIKEY mengikut aku berpindah. Sekarang COMAT berada di kampung sehingga tamat pengajianku. Semoga COMAT panjang umur dan dapat terus menemani mummy lagi....
Rindunya nak buli comat nie...hehehehehe
ReplyDeleteacu citer sikit camne dapat nama si comat ni...:)
ReplyDeleteNama comat tu sempena nama kucing aku yang kat kampung..Rupa mereka seiras cuma bentuk muka comat jr..bujur sikit. Yang kat kampung dulutu pulak ada dua beradik..sekor comot,,jadinya yg sekor lagi aku letak jer nama comat...yg kat kampungtu dua2 dah lama mati...
DeleteComat yang comel secomel dan semanja tuannya. Apakan daya aku tak mampu semampu MUMMY yang tabah dan sabar selalu menghadapi kerenah anak-anak...
DeleteTuan dia tak manjapon,,,,dah tanggungjawab nak buat macamana,,kekadang ada gak rasa malas,,nak marah bila buat hal, susah hati bila sakit dan give-up bila mati...tapi kena cepat-cepat betulkan niat...buat benda ni semua kerana lillahita'ala...
Delete