Monday 13 February 2012

Kitty Boy

KITTY BOY...mummy rindu dengan KITTY BOY...KITTY BOY  telah meninggalkan aku untuk selama-lamanya pada tahun lepas 19.7.2011,,sedih,,terkilan dan rasa bersalah. Sedih kerana terlalu cepat dia pergi, terkilan kerana rancangan aku untuk membawanya balik ke Terengganu tinggal bersamaku tidak kesampaian dan rasa bersalah kerana tidak sempat membawanya ke klinik yang lebih baik perkhidmatannya (Melaka atau Johor Bahru). KITTY BOY di ambil di kawasan rumah kedai tempat aku selalu erobik, merayap keseorangan di kaki lima,,entah ke mana ibunya pergi..tak tergamak pulak aku membiarkan KITTY BOY sendirian dengan persekitaran yang tak selamat dan banyak kenderaan di situ. KITTY BOY seekor anak kucing yang berdikari,,walaupun ibunya takde, dia pandai menyesuaikan diri,,tak pernah menangis,,suka bermain dengan apa sahaja yang dia jumpa. KITTY BOY memang menceriakan hidup aku setelah 4 bodyguard aku dihantar pulang ke kampung.


Mula-mula tinggal dengan aku

KITTY BOY tinggal dengan aku sehingga aku pulang ke kampung untuk menyambung pengajianku di UTM. KITTY BOY aku letakkan bersama 4 bodyguardku yang lain. Nasib baik mereka menerima KITTY BOY dan mereka selalu bermain kejar-kejar dan bergusti bersama.


KITTY BOY yang comel

KITTY BOY senang dijaga dan kelakar. Apabila umurnya mencecah 7 bulan aku hantar KITTY BOY bersunat (neuter), maklumlah kucing dah banyak dan aku tak mahu KITTY BOY bergaduh dengan kawan-kawan yang lain berebut kawasan bila besar nanti.


KITTY BOY memang kelakar

Namun sebulan selepas itu, KITTY BOY selalu sahaja demam. Seperti biasa aku hantarkannya ke klinik, beberapa hari dia sihat semula kemudian demam lagi. Apabila aku pegang diperutnya, aku rasakan seperti ada satu lapisan yang berketul dan agak keras dan badan KITTY BOY panas. Aku bawa masuk ke bilikku supaya aku dapat perhatikan setiap pergerakannya. Aku bawa KITTY BOY ke klinik swasta, di periksa dan X-Ray. Dr. kata KITTY BOY ada ketumbuhan di perut tetapi ketumbuhan itu di bawah kulit katanya. Dr. membekalkan ubat untuk selama seminggu, jika tiada perubahan pembedahan akan dilakukan..



KITTY BOY muntah kuning

Suatu hari KITTY BOY muntah kuning, pagi, petang dan malam dan dia kelihatan lemah, aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena,,mungkin KITTY BOY akan meninggalkan aku tak lama lagi. Kebetulan esoknya aku terpaksa ke UTM,,maka aku juga terpaksa meninggalkan KITTY BOY sebentar, petang aku akan pulang semula. Paginya sebelum ke UTM aku dukung KITTY BOY dan aku bawanya ke luar rumah berjemur sekejap dibawah cahaya matahari pagi,,KITTY BOY berjalan perlahan dan nampak tak berdaya. Kubawa masuk ke bilik semula dan akupun bertolak ke UTM. Dalam perjalanan aku menelefon Dr. yang merawat KITTY BOY,, katanya muntah kuning disebabkan hati yang dah membengkak dan menolak perut sebabtu KITTY BOY muntah kuning. Sepanjang aku berada di UTM aku tak sedap hati dan fokusku hilang teringatkan keadaan KITTY BOY di rumah. Sebaik sahaja aku sampai di rumah dalam pukul 6 petang,,aku terus meluru ke bilik untuk melihat keadaan KITTY BOY, ku lihat mak tengah memberinya minum. Tiba-tiba KITTY BOY kejang,,Ya Allah,,KITTY BOY dah nazak rupanya...ku usap-usap kepalanya,,kupanggil namanya,,dia menjawab lemah..Ya Allah,,,kalau dah tiba masanya,,kau ambillah KITTY BOY dengan cara yang paling mudah, kurangkanlah kesakitan KITTY BOY..aku sedih,,aku lari ke luar..tak sanggup aku mengadap KITTY BOY yang nazak itu..tetapi aku juga tak sampai hati pula membiarkan KITTY BOY, aku masuk semula ke bilik untuk bersamanya disaat terakhirnya.. Tak lama selepas itu KITTY BOY pergi juga meninggalkan aku. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya hatiku ini. Agaknya KITTY BOY ingin mengucapkan selamat tinggal kepada aku sebabtu dia menunggu aku pulang dulu sebelum dia pergi. Berhari-hari aku menangis bila teringatkan KITTY BOY. Hingga saat inipun aku akan rasa sedih apabila teringatkan KITTY BOY.


Sehari sebelum KITTY BOY meninggalkan aku

KITTY BOY...mummy sangat sayangkan KITTY BOY,,walaupun kau dipinjamkan sekejap di dalam hidup mummy,,namun kau cukup menggembirakan hati mummy, terima kasih KITTY BOY. Walaupun jasad kau telah tiada, namun kenangan bersamamu akan mummy abadikan dalam hidup mummy untuk selama-lamanya kerana kau dan kawan-kawan kau semua adalah sebahagian dari hidup mummy. Tiada siapa yang dapat mengubah dan menghentikannya sehingga terhentinya nafas mummy ini.


****
Apabila kita SUKA bersedialah kita untuk BERDUKA kerana kehidupan ini penuh dengan SUKA dan DUKA. Itulah erti sebuah kehidupan yang sementara ini. Belajarlah untuk menyayangi haiwan kerana kehadiran mereka juga boleh menceriakan hidup kita,,,itulah salah satu sebab mereka diciptakan di dunia ini.

2 comments:

  1. pandai mummy bercerita... tersentuh hati membacanya.. membuatkan aku teringatkan jerry n abu kat umah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah benar belaka...cerita dari hati dan perasaan sebenar aku...

      Delete