Saturday 25 February 2012

Mari Bersunat

Khamis 23.2.2012 aku telah membawa dak APANG berjumpa Dr.Liza untuk bersunat...dalam masa yang sama AMON pun dibawa sekali kerana aku dapati dia tak sihat.



Umur APANG dah 7 bulan,,memang masa yang sangat sesuai untuk menyunatkan dia.




  





Aku sampai di klinik dalam pukul 10.30am, setelah diperiksa tahap kesihatannya, APANG boleh disunatkan. AMON pula, setelah diperiksa didapati FPV positif tetapi virusnya hanya sedikit sahaja,,masih boleh dirawat.


AMON FPV positif

Dr.Liza kata dalam pukul 6 barulah aku boleh mengambil APANG,,tapi aku minta beliau cuba untuk siapkan dalam pukul 4.00pm. Lamanya aku kena tunggu,,nak balik rumah, 2 jam perjalanan,,akupun pandu kereta terus ke Jaya Jusco,,hampir dua jam aku melilau tanpa arah,,akupun terus ke masjid Al-Azim,,lepas sembahyang zohor,,aku terus lelapkan mata,,3.30pm akupun bertolak ke klinik semula untuk mengambil budak berduatu.






AMON terpaksa dikurung berasingan dari APANG di seat belakang kerana takut virusnya menjangkit ke APANG,,dan APANG pula duduk di seat penumpang sebelah aku,,tetapi hanya bertahan untuk beberapa minit sahaja dan APANG menyelinap masuk ke bawah seat dan tidur di situ sehinggalah sampai di rumah.

Keesokkannya aku membawa pula AKOK dan ATAM bersunat di klinik Batu Pahat. AKOK dan ATAM adalah abang kepada BULAN.


Sebelumtu budak berduani dah start nak bergaduh,,maklumlah dah besar,,masing-masing nak menguasai kawasan. Tetapi apabila dalam kereta kemain lagi berhimpit-himpit,,tahupun takut yer. Baru naik kereta mummy,,lom lagi naik lori.


Akhirnya sampai juga di klinik,,nasib baik tak ramai orang,,bolehlah En. Malik melakukannya dengan aman damai.



Pada hari ini 26.2.2012,,ketiga-tiganya telah kembali sihat..Alhamdulillah. Mummy lakukannya untuk kebaikan korang semua,,tak terniat langsung di hati mummy ini untuk menzalami atau menyiksa korang semua. Esok (Isnin 27.2.2012) aku akan menghantar kanak-kanak lelaki seramai 5 ekor lagi untuk bersunat. Semuatu adalah kucing-kucing yang dibuang oleh manusia durjana yang tak bertanggungjawab...kau tunggulah balasannya..


****
Hukum mengkasi atau mengembirikan haiwan kesayangan adalah HARUS. Hukum ini dikeluarkan oleh JAKIM. Sebelum hukum ini keluar,,aku tak pernah mengkasi kucing-kucing aku,,akibatnya mereka membiak dengan banyaknya, walaubagaimanapun, aku tak pernah membuang mereka. Setelah hukum ini keluar barulah aku berani mengkasi mereka untuk menghalang populasi mereka bertambah banyak. Ada yang mengatakan aku zalim, berdosa mengkasikan mereka,,kesian kat kucingtu,,terpulanglah untuk mereka berkata apapun,,itu hak mereka,,mulut mereka,,tetapi bagaimanakah jika:-

1. Kucing mereka dibiarkan beranak pinak,,kemudian dibuang merata,,kelaparan, disepak terajang, didera, berpenyakit. Adakah perbuatan mereka ini tak zalim,, tak berdosa???
2. Dalam setahun seekor ibu kucing boleh melahirkan anak untuk beberapa kali dan setiap kali kelahiran secara puratanya adalah 4 ekor. Apakah nasib mereka?? buang?? itulah mentaliti BODOH orang kita. Kalau mampu menjaga mereka takpe, mereka boleh biarkan kucing mereka membiak, tetapi kalau dibuang, menyusahkan hidup orang lain dan menyusahkan kucing-kucingtu,,,mereka sebenarnya lebih zalim.

Adalah lebih baik jika kita mengawal bilangan mereka sepertimana manusia merancang kelahiran anak-anak mereka. Bezanya manusia berakal,,mereka boleh mengawal kelahiran, tetapi untuk haiwan,,kita yang kena mengawal bilangan anak-anak mereka.

Di dalam situasi yang aku hadapi sekarang, 100 ekor kucing dalam jagaan aku,,aku terpaksa mengkasi mereka,,aku mempunyai keupayaan fizikal, material dan kewangan yang terhad,,jadinya aku terpaksa mengawal bilangan mereka. Samada BERDOSA atau tidak aku mengkasi kucing-kucing ini,,aku berserah kepada Allah untuk menghukumnya dan aku yakin dengan HUKUM yang dikeluarkan oleh JAKIM di dalam situasi aku sekarang.  

****

Aku akan hilang rasa hormat terhadap orang yang nampak Alim, 24jam berkopiah, ke masjid 5 kali sehari, membaca Al-Quran hari-hari,, berpelajaran, berkedudukan tinggi tetapi zalim terhadap haiwan. Sebaliknya akan timbul rasa hormat aku terhadap orang yang dikatakan jahat, gila, miskin, tak berpelajaran yang memberi makan walaupun secubit roti terhadap haiwan terbiar.  

2 comments:

  1. blh tny, klinik vet melaka trletak di mne??

    ReplyDelete
  2. Yang saya pergi di Batu Berendam..KLINIK MAJU...

    ReplyDelete