Saturday, 4 February 2012

Rumah Kucingku Terpaksa Dirobohkan

Sepanjang aku tinggal di Banggol Air Lilih Terengganu...selain MIKEY, COMAT, EMY dan EPY...rumahku juga didiami oleh 20 ekor kucing yang lain. Semuanya kucing terbiar yang kuselamatkan antaranya:

**Lima ekor anak kucing yang dibuang ditepi tong sampah besar, 2 ekor telah mati di langgar dan 3 lagi diselamatkan, namun sekor sahaja yang dapat hidup hingga sekarang iaitu LABU. LABU mengalami infection di mata kanannya dan vet tidak dapat menyelamatkan matanya itu.

LABU bermata satu
**Kucing terbiar yang datang dan melahirkan anak di rumah dan juga kucing-kucing terbiar yang dah melekat di rumahku. Ada yang mati terkena wabak kucing yangmana gambarnya tak sempat diambil, juga baby2 kitten yang aku temui tanpa ibu dan mati setelah dua tiga hari merawatnya.

    KID, YELLOW, PT, BELANG DAN PAK TAM (Belang sahaja yang hidup hingga kini)
    **Ibu-ibu kucing yang melahirkan anak di pejabat dan anak-anak kucing yang ditemui di tempat yang tak selamat.

    COMEL dan anak-anaknya: JOJO, JACK dan JAZZ (Jaz dah mati). Mek dan anak-anaknya: LION, KING, BOY, BELANG dan CIK. HARRY (ibu Harry-Milo hampir dibuang oleh seorang kawan) dan JA
    Aku telah mendirikan sebuah rumah kucing di belakang rumah sewaku setelah  mendapat kebenaran dari tuan punya rumah. Setiap hari aku akan membersihkan rumah kucingku sebanyak 2 kali iaitu pagi dan petang, aku pastikan kawasan sekitar bersih. Mungkin ada di antara jiran-jiranku yang manis di depan tetapi membenciku di belakang kerana aku membela banyak kucing. Aku diberi surat amaran (surat layang) oleh salah sorang jiranku, dikutuk dan diugut untuk melaporkannya ke Jabatan Haiwan. Katanya satu kawasan perumahan berbau najis kucingku,,apabila ku tanya jiran sebelah rumahku ( juga membela kucing),katanya tak bau terukpun sebab bersih. Entahlah...mungkin hidungku dah kebal dengan bau-bau macamni. Kerana bimbang kucing-kucingku akan diapa-apakan, maka aku terpaksa merobohkan rumah kucingku dan kucing-kucing tersebut ku bawa masuk ke dalam rumah sementara menunggu rumah baruku siap.

    PESANAN dan NASIHAT:-
    Jika membela kucing di kawasan perumahan..
    1. Jangan biarkan kucing-kucing anda berkeliaran
    2. Jadikan mereka kucing indoor.
    3. Jika kucing jiran masuk ke kawasan rumah kita, layanlah mereka sepertimana kita melayan kucing kita. 
    4. Paling penting...jangan lupa kembirikan kucing-kucing anda.





                                                    

    No comments:

    Post a Comment