Thursday 26 July 2012

Akhirnya Daisy pergi jua..

Anak yatim berlima,,sekarang dah tinggal berempat..dah seminggu Daisy pergi meninggalkan empat abangnya yang lain..(Jumaat, 20.7.2012)walaupun mummy sedih, tapi mummy redha kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kamu.



Antara budak berlima tu,,memang Daisy agak lemah keadaannya, walaupun aku telah membawanya ke doktor haiwan, tetapi doktor tidak dapat melakukan banyak prosedur perubatan terhadapnya memandangkan Daisy terlalu kecil, baru sebulan umurnya. Doktor hanya memberinya vitamin.



Selamat tinggal Daisy, walaupun mummy berpeluang menjaga kamu seketika, tetapi mummy puashati kerana sudah melakukan yang terbaik untuk kamu..

Daisy yang sangat comel,,warna dan corak bulunya jarang ditemui dalam komuniti kucingku..

Apabila dah berusaha dan berdoa, selebihnya serahkan pada yang berkuasa..
 




Daisy,,pergilah berjumpa ibu kamu yang sedang menanti kamu di sana. Abang-abangmu di sini tentu merindui kamu, doakan mereka sihat dan panjang umur yer Daisy..

****
Malangnya manusia selalu lupa bahawa dirinya adalah manusia sehingga mereka tergamak menafikan hak makhluk comel ini di atas muka bumi..tindakan mereka selalu menggambarkan bahawa merekalah makhluk ciptaan tuhan yang istimewa berbanding makhluk lain. Bukalah hati dan minda, berfikir secara waras, jangan ikutkan hati yang tergantung padanya beribu-ribu syaitan yang menghasut kita untuk berbuat jahat..

Thursday 12 July 2012

Yatim Piatu Batch ke-2

Pulang ke kampung setelah lebih kurang 2 bulan aku berada di Terengganu,ada dua berita yang menyedihkan tentang anak-anak angkatku,, selain kematian Miss Linie, ada seekor ibu kucing yang mati secara tiba-tiba..., ibu kucingni belum sempat kuberikan nama,,dia merupakan salah seekor kucing yang dibuang orang secara beramai-ramai di dalam sangkar dan diletakkan dibawah sepohon pokok di hadapan rumahku di kampung (cerita mereka ada dipost sebelumni)...anak-anaknya baru mula buka mata, yang paling menyedihkan, anak-anaknya masih menyusu di jasad ibunya yang dah tak bernyawa itu...seminggu sebelum pulang,,,ibuku yang menjaga mereka.

Sampai jer di kampung, aku terus mencarikan susu khas untuk anak kucing...anak kucing tidak boleh sama sekali diberikan susu untuk anak manusia...mereka tak boleh hadam lactose (lactose intolerance), kesannya mereka akan cirit birit dan akhirnya boleh membawa kematian akibat dehydrate..mereka hanya boleh diberikan susu kambing ataupun susu khas untuk kitten...

Berasaskan susu kambing jenis serbuk

Jenis cecair dalam tetra pack
  

Budak-budakni 4 ekor jantan dan seekor betina...disebabkan mereka terlalu kecil,,maka perlu dipastikan mereka diberi susu setiap 3 jam sekali dan mereka juga mesti sentiasa berada dalam persekitaran yang suam





Pengganti ibu mereka yang menghangatkan mereka dikala kedinginan, dibalut dengan tuala dan diletakkan bersama mereka di dalam kotak


Diam tak diam dah sebulan umur budak-budak yatim piatu ni..tiba masanya untuk aku cuba memberi mereka makan...aku beri mereka makan royal canin untuk kitten..untuk umur sebulan,,rendam dulu hingga kembang dan kemudian beri mereka makan...mula-mulanya mereka jual mahal...tapi lama-kelamaan tertarik juga akhirnya...pandaipun mereka makan...



Hingga sekarang mereka semua sihat,,perut sentiasa kenyang,,tak banyak meragam..tetapi Daisy mengalami masalah kesihatan,,dia tak berapa nak makan dan minum susu...badannya menyusut,,lalu aku bawa Daisy ke klinik dan doktor hanya berikan vitamin dan ubat cacing..sukatan untuk Daisy ialah 0.1ml untuk vitamin dan juga 0.1ml untuk ubat cacing..untuk vitamin, Daisy perlu diberi 3 kali sehari. Kesemua budak-budaktu aku berikan ubat cacing, mereka perlu diberi seminggu sekali selama 3 minggu berturut-turut.


Warna kuning=ubat cacing, Warna coklat=vitamin untuk Daisy

  
Aku lihat ada kutu di bulu mereka..melalui pembacaan, kutu juga boleh menyumbang kepada pembiakkan cacing pada kucing. Untuk anak-anak kucing yang umurnya baru sebulan, doktor nasihatkan aku untuk sapu sikit-sikit jer...sembur dulu atas kain dan kemudiannya gosokkan di atas bulu budak-budakni dalam arah yang bertentangan dengan arah bulu kucing.

Ubat kutu,,sangat berkesan untuk menghapuskan kutu pada kucing..ada dua jenis iaitu jenis spray dan juga spot on (letakkan di tengkuk kucing)  tetapi spot on tak sesuai untuk anak kucing kecil macam si yatim piatu ni..


Mummy cuba sedaya upaya untuk lihat kamu semua sihat dan membesar bagai johan,,dapat menjalani hidup yang ceria walaupun kamu anak yatim piatu tanpa ibu untuk menyusukan kamu, membersih dan bergurau dengan kamu,,takpe mummy ada,,mummy akan pastikan kamu semua sihat, selesa dan selamat.


****
Menjaga anak kucing yang kematian ibunya bukan perkara yang mudah...bila dah ambil tanggungjawab,,lakukan dengan betul dan sabar..insyaAllah apabila besar mereka akan menggembirakan kita.. 

Mak Uteh dan anak-anak balik kampung

Tibalah masanya untuk aku pulang ke kampung setelah 2 bulan lebih aku di Terengganu..Mak Uteh dan anak-anaknya aku bawa pulang bersama Harry, Bulan, Amok dan Amoi...penuh satu kereta...sehari sebelum bertolak akupun sibuk mengemas, menyusun barang-barang dan menyiapkan tempat mereka di dalam kereta...










Dalam pukul 9.30am akupun bertolak pulang,,mulanya si Uteh bising juga,,maklumlah dia tak pernah menaiki kereta..semakin jauh perjalanan lama-kelamaan diapun diam,,kekadang dia kelihatan resah juga,,kejap-kejap beralih tempat duduk...mungkin tak selesa terkurung di dalam carrier yang agak kecil untuk mereka anak-beranak.






Perjalanan selama 8 jam amat meletihkan, syukur alhamdulillah, kami semua tiba dengan selamat. Budak-budaknipun tak buat hal,,mereka langsung tak membuang dalam kereta..kalau tak, susah juga aku nak membersihkannya..









Mak Uteh dan anak-anaknya Molly, Jackie dan Abby kuletakkan dalam sangkar 3 tingkat,,kuletakkan mereka bersama geng-geng si Apang...bila dah serasi nanti aku akan lepaskan mereka berkawan..


****
Kalau nak campurkan kucing baru dan kucing lama,,,letakkan mereka dalam satu tempat di mana kucing baru diletakkan dalam sangkar dalam seminggu dua. Lama-kelamaan bau mereka dah sama,,bolehlah dilepaskan kucing baru tersebut...paling elok vaksinkan mereka sebelum mereka bercampur..bimbang kalau ada penyakit berjangkit...