Anak yatim berlima,,sekarang dah tinggal berempat..dah seminggu Daisy pergi meninggalkan empat abangnya yang lain..(Jumaat, 20.7.2012)walaupun mummy sedih, tapi mummy redha kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kamu.
Antara budak berlima tu,,memang Daisy agak lemah keadaannya, walaupun aku telah membawanya ke doktor haiwan, tetapi doktor tidak dapat melakukan banyak prosedur perubatan terhadapnya memandangkan Daisy terlalu kecil, baru sebulan umurnya. Doktor hanya memberinya vitamin.
Selamat tinggal Daisy, walaupun mummy berpeluang menjaga kamu seketika, tetapi mummy puashati kerana sudah melakukan yang terbaik untuk kamu..
Daisy yang sangat comel,,warna dan corak bulunya jarang ditemui dalam komuniti kucingku.. |
Daisy,,pergilah berjumpa ibu kamu yang sedang menanti kamu di sana. Abang-abangmu di sini tentu merindui kamu, doakan mereka sihat dan panjang umur yer Daisy..
****
Malangnya manusia selalu lupa bahawa dirinya adalah manusia sehingga mereka tergamak menafikan hak makhluk comel ini di atas muka bumi..tindakan mereka selalu menggambarkan bahawa merekalah makhluk ciptaan tuhan yang istimewa berbanding makhluk lain. Bukalah hati dan minda, berfikir secara waras, jangan ikutkan hati yang tergantung padanya beribu-ribu syaitan yang menghasut kita untuk berbuat jahat..
Pastinya kak lina dpt ganjaran yang besar di sisi Allah SWT di akhirat nanti
ReplyDelete