Thursday, 12 July 2012

Yatim Piatu Batch ke-2

Pulang ke kampung setelah lebih kurang 2 bulan aku berada di Terengganu,ada dua berita yang menyedihkan tentang anak-anak angkatku,, selain kematian Miss Linie, ada seekor ibu kucing yang mati secara tiba-tiba..., ibu kucingni belum sempat kuberikan nama,,dia merupakan salah seekor kucing yang dibuang orang secara beramai-ramai di dalam sangkar dan diletakkan dibawah sepohon pokok di hadapan rumahku di kampung (cerita mereka ada dipost sebelumni)...anak-anaknya baru mula buka mata, yang paling menyedihkan, anak-anaknya masih menyusu di jasad ibunya yang dah tak bernyawa itu...seminggu sebelum pulang,,,ibuku yang menjaga mereka.

Sampai jer di kampung, aku terus mencarikan susu khas untuk anak kucing...anak kucing tidak boleh sama sekali diberikan susu untuk anak manusia...mereka tak boleh hadam lactose (lactose intolerance), kesannya mereka akan cirit birit dan akhirnya boleh membawa kematian akibat dehydrate..mereka hanya boleh diberikan susu kambing ataupun susu khas untuk kitten...

Berasaskan susu kambing jenis serbuk

Jenis cecair dalam tetra pack
  

Budak-budakni 4 ekor jantan dan seekor betina...disebabkan mereka terlalu kecil,,maka perlu dipastikan mereka diberi susu setiap 3 jam sekali dan mereka juga mesti sentiasa berada dalam persekitaran yang suam





Pengganti ibu mereka yang menghangatkan mereka dikala kedinginan, dibalut dengan tuala dan diletakkan bersama mereka di dalam kotak


Diam tak diam dah sebulan umur budak-budak yatim piatu ni..tiba masanya untuk aku cuba memberi mereka makan...aku beri mereka makan royal canin untuk kitten..untuk umur sebulan,,rendam dulu hingga kembang dan kemudian beri mereka makan...mula-mulanya mereka jual mahal...tapi lama-kelamaan tertarik juga akhirnya...pandaipun mereka makan...



Hingga sekarang mereka semua sihat,,perut sentiasa kenyang,,tak banyak meragam..tetapi Daisy mengalami masalah kesihatan,,dia tak berapa nak makan dan minum susu...badannya menyusut,,lalu aku bawa Daisy ke klinik dan doktor hanya berikan vitamin dan ubat cacing..sukatan untuk Daisy ialah 0.1ml untuk vitamin dan juga 0.1ml untuk ubat cacing..untuk vitamin, Daisy perlu diberi 3 kali sehari. Kesemua budak-budaktu aku berikan ubat cacing, mereka perlu diberi seminggu sekali selama 3 minggu berturut-turut.


Warna kuning=ubat cacing, Warna coklat=vitamin untuk Daisy

  
Aku lihat ada kutu di bulu mereka..melalui pembacaan, kutu juga boleh menyumbang kepada pembiakkan cacing pada kucing. Untuk anak-anak kucing yang umurnya baru sebulan, doktor nasihatkan aku untuk sapu sikit-sikit jer...sembur dulu atas kain dan kemudiannya gosokkan di atas bulu budak-budakni dalam arah yang bertentangan dengan arah bulu kucing.

Ubat kutu,,sangat berkesan untuk menghapuskan kutu pada kucing..ada dua jenis iaitu jenis spray dan juga spot on (letakkan di tengkuk kucing)  tetapi spot on tak sesuai untuk anak kucing kecil macam si yatim piatu ni..


Mummy cuba sedaya upaya untuk lihat kamu semua sihat dan membesar bagai johan,,dapat menjalani hidup yang ceria walaupun kamu anak yatim piatu tanpa ibu untuk menyusukan kamu, membersih dan bergurau dengan kamu,,takpe mummy ada,,mummy akan pastikan kamu semua sihat, selesa dan selamat.


****
Menjaga anak kucing yang kematian ibunya bukan perkara yang mudah...bila dah ambil tanggungjawab,,lakukan dengan betul dan sabar..insyaAllah apabila besar mereka akan menggembirakan kita.. 

3 comments:

  1. Sedihnya....dugaan dalam meniti hidup dengan hati yang sentitif terhadap kucing yang comel ini...tuhan tahu apa yang kita buat...

    ReplyDelete
  2. Kucing saya baru baik dari sporo yg sgt teruk...alhamdulillah sangat2 bersyukur...hari tu sedih sangat dh buntu tkde jalan...my kitty hari tu kena kudis sporo yg berkawah2 besar di kedua belah kaki, di paha dan di belakang badan...bagi makan ubat vet selama 4 bulan lgsg takde perubahan utk sembuh malahan kudis semua semakin luas, berdarah dan busuk...sehingga 3 minggu lepas saya cuba rawatan alternatif kepada kitty menggunakan KAEDAH TERAPI ION NEGATIF...saya terkejt juga sebab selepas 3 minggu, semua kudis di kaki kitty saya dh kering dan tumbuh kulit baru...saya sedia berkongsi pengalaman ini kpd sesiapa saja yg menghadapi jalan buntu dlm merawat kucing kesayangan yg menghidap sporo...kerana penyakit sporo ni memang amat menyiksakan dan senang berjangkit...kepada sesiapa yg ingin mencuba kaedah ni boleh whatsapp saya 0182227022

    ReplyDelete
  3. Kucing saya baru baik dari sporo yg sgt teruk...alhamdulillah sangat2 bersyukur...hari tu sedih sangat dh buntu tkde jalan...my kitty hari tu kena kudis sporo yg berkawah2 besar di kedua belah kaki, di paha dan di belakang badan...bagi makan ubat vet selama 4 bulan lgsg takde perubahan utk sembuh malahan kudis semua semakin luas, berdarah dan busuk...sehingga 3 minggu lepas saya cuba rawatan alternatif kepada kitty menggunakan KAEDAH TERAPI ION NEGATIF...saya terkejt juga sebab selepas 3 minggu, semua kudis di kaki kitty saya dh kering dan tumbuh kulit baru...saya sedia berkongsi pengalaman ini kpd sesiapa saja yg menghadapi jalan buntu dlm merawat kucing kesayangan yg menghidap sporo...kerana penyakit sporo ni memang amat menyiksakan dan senang berjangkit...kepada sesiapa yg ingin mencuba kaedah ni boleh whatsapp saya 0182227022

    ReplyDelete