Wednesday 25 April 2012

Mawarku Sayang

Mawar merupakan kucing yang paling vateran di kalangan kucing-kucingku..umurnya dianggarkan dalam 16 tahun..kalau manusia umurnya dah 80tahun. Umurnya aku anggarkan berdasarkan umur anak-anak saudaraku,,kerana masa mereka kecil lagi Mawar dah wujud. Mawar dilahirkan oleh Si Manis dan mempunyai 2 lagi adik-beradik yang lain iaitu Si Tanjung dan Si Melor..dalam umur mereka 6 bulan mereka di serang demam dan aku membawanya ke klinik,,namun Si Tanjung tak panjang umur dan mati tak berapa lama selepas itu. Si Melor pula mati ketika dah besar,,akupun tak ingat bila,,mungkin umurnya dalam 5 atau 7 tahun. Syukur,,umur Mawar panjang hingga sekarang,,sebagai warga Emas,,Mawar dah tak ada sebatang gigipun,,,tinggal gusi jer..nak bagi makan ubat agak senanglah kerana si Mawar akan gigit jari aku bila diberi makan ubat. Bila makan pula...makanan ditelan jer,,kekadang risau gak aku,,takut makanan tak boleh hadam,,,baru-baru ini aku dah tukarkan makanan Mawar kepada makanan untuk kitten...semakin tua,,sistem penghadamanpun akan kembali kepada kanak-kanak selain saiz kibbles yang lebih kecil memudahkan dia makan...mawar juga kuberi makan wet food, nasi dan ikan rebus...
  

Mawar duduk di rumah kucing dan dijaga oleh seorang maid...kalau aku ada di kampung..setiap hari aku akan menjenguk semua kucing yang duduk di rumah kucing tersebut.


Disebabkan umur Mawar dah tua..kulitnya sangat sensitif...aku akan mandikan dia dengan syampoo berubat yang di ambil di klinik haiwan..









Yang warna hitam di badan Mawartu adalah minyak gamat..

****
Sebenarnya aku sangat takut kehilangan Mawar...sebab itu selagi dia hidup dan selagi mampu, aku akan bagi yang terbaik untuk dirinya. Bukan sahaja Mawar,,,aku juga sentiasa takut untuk kehilangan mereka semua..tapi siapalah aku untuk menahan perkara itu dari berlaku...kita terpaksa belajar untuk "RELA MELEPASKAN" dan "BERSEDIA MENGHADAPI APA JUGA KEMUNGKINAN" apabila tiba waktunya. Entah bila,,,samada mereka atau aku yang pergi dulu...tetapi aku sentiasa berdoa jika apa-apa terjadi pada diriku,,aku harapkan akan ada orang yang akan menjaga mereka semua sepertimana aku menjaga mereka...Ya Allah kau peliharalah mereka semua..kasihanilah hambamu ini...aku tidak mengharapkan kekayaan melimpah ruah...cukup hanya mohon kau murahkanlah rezeki aku agar aku mampu menyara hidup mereka semua dan janganlah kau ambil aku jika tiada siapa yang dapat menjaga mereka dan jika sememangnya telah tiba juga saat untuk aku pergi..kau ambillah mereka bersama ku sekali...aminnnn...   

Friday 20 April 2012

A Very Long Journey to Terengganu

Perjalanan balik ke Terengganu selalunya mengambil masa 7 hingga 8 jam (Wira 1.5),,tetapi kalau kereta yang lebih power mungkin hanya mengambil masa dalam 6 hingga 7 jam...seperti post yang terdahulu,,kalini aku membawa 4 ekor pesakit kronik...4 bodyguard aku terpaksa ditinggalkan...Beberapa hari sebelum balik ganu...akupun ke petshop mencari carrier baru supaya mereka lebih selesa apabila di dalam kereta nanti..untuk Amok dan Amoi aku beli carrier yang lebih besar untuk memuatkan mereka berdua. Aku dapat harga murah sebab carriertu dah lama dan dah berabuk kat kedai tu...balik rumah aku basuh dan jemur di bawah sinaran matahari...wahhh..macam baru..kalau tokey tu nampak,,tentu dia menyesal jual murah ngan aku...hehehe

Tadaaaa...ini dia carrier untuk Amoi dan Amok
Harry dan Bulan aku letakkan dalam carrier yang agak besar juga untuk seekor kucing...supaya mereka selesa bergerak dan ada ruang untuk mereka melepas hajat...:-))

Nak gi mana lak ni mummy oiiii!!!!

Mana-mana mummy gi..Harry nak ikut...tak kisah sejauh mana sekalipun...

Bulan dan Harry tak banyak cerita dalam kereta,,,Bulan pada mulanya bising juga..tapi lama kelamaan dia senyap hinggalah sampai di rumah aku. Manakala Harry langsung tak berbunyi,,mungkin diapun dah tak bermaya kerana sakit dan Harry memang budak baik.

Amoi dan Amok sedih terpaksa berpisah dengan Apang, Amon, Abot dan Atam..

Perjalanan jauhpun bermula...

Bulan, Amoi dan Amok di seat belakang

Mummy...lama lagi ke??? (Amoi dan Amok tak berapa selesa dengan perjalanan jauh)

Ada orang akan memberikan ubat tidur kepada kucing mereka untuk perjalanan jauh. Ubat tidur untuk kucingni boleh didapati di klinik haiwan (jangan beri ubat tidur untuk manusia pulak), dan sukatan mesti betul. Tapi aku tak pernah berikan ubat tidur kepada kucing aku,,biarlah mereka menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan, walaupun kadang-kadang telinga terpaksa ditebalkan dengan bunyi bising mereka. Perjalanan jauh dengan kucing ada kebaikkannya juga,,kerana dengan adanya kucing,,kurang sikit rasa mengantuk...dengan bunyi bising mereka dan juga apabila kita dikejutkan dengan bauan hasil buangan mereka..terpaksa berhenti tepi jalan untuk membersihkannya..(peringatan: berhati-hati ketika membersihkan tempat mereka,,bimbang terlepas,,kalau boleh pasangkan tali di leher mereka..dan ikat.

Kira-kira 4.00pm kamipun sampai di Terengganu..









Kesian budak-budakni...siap kemas dan bagi mereka makan...terus dorang tidur,,aku pasangkan air-cond supaya mereka rehat cukup-cukup,,maklumlah merekani sakit,,aku tak mahu mereka stress...Setelah 2 minggu berada di Terengganu,,nampaknya mereka dah selesa..Kepada sesiapa yang mengikuti blog ini, tolong doakan mereka cepat sembuh sepenuhnya...TQ

****
Pengorbanan mesti dilakukan dengan keikhlasan dan dengan penuh rasa kasih-sayang...Jangan putus asa dengan ujian hidup, kerana ia mengajar kita erti PENGORBANAN, KASIH-SAYANG, KEIKHLASAN, KESABARAN dan KEJUJURAN...yang paling penting,,menyedarkan kita SIAPAKAH KITA DI MUKA BUMI NI???


Friday 13 April 2012

Dak Jawa Belajar Sains

Jang sangat baik dengan anak-anak angkatnya, budak-budak Jawa yang 6 ekortu, sayang sangat dia dengan budak-budaktu,,...kekadang kelakar juga bila tengok Jang yang dah Obes tu bermain kejar-kejar...risau gak tengok keadaan Jang sekarang yang semakin hari semakin gemuk...InsyaAllah bulan depan bila balik kampung aku akan bawanya ke klinik. Nampaknya makanannyapun kena tukar...Bila tengok dorang macam dah bosan,,akupun pergilah ke petshop mencari permainan baru untuk mereka..



Bila ada mainan baru..Dak Jang pun sibuk menumpang sekaki dengan anak-anak angkatnya itu.


Walaupun dia sibuk nak bermain sama, tetapi Jang selalu mengalah dengan anak-anak angkatnya itu...




****
Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad...tak semestinya orang yang berpendidikan tinggi tu dah cukup ilmunya...ilmu yang kita adatu ibarat setitik air di lautan yang luas,,walaupun sekolah tak setinggi mana, berbagai cabang ilmu boleh dipelajari..."TAK PERLU SOMBONG DENGAN ILMU SECIPUT YANG KITA ADA ITU,,,DAN JANGAN PULA KITA JADI BODOH SOMBONG..."

Thursday 12 April 2012

Balik Ganu

7hb. April 2012 tibalah masanya untuk aku pulang ke Terengganu untuk menyambung perjuanganku...sedihnya hatiku hendak meninggalkan anak-anak kesayanganku...hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaanku..tapi aku terpaksa...aku berjanji dengan diriku...sibuk macamanapun aku,...aku akan balik untuk melihat mereka,,memantau keadaan mereka, kesihatan mereka dan keperluan mereka, aku akan bawa bersama Amok, Amoi, Bulan dan Harry kerana mereka sakit teruk dan perlu makan ubat. Terpaksalah aku membatalkan rancanganku untuk membawa 4 bodyguardku bersama.

Amoi dan Amok telah menunjukkan simptom FIV
Harry disyaki phenomia

Bulan baru sembuh dari Sporo dan ada FIV

Kesian Comat terpaksa ditinggalkan,,tak dapatlah dia tidur dengan mummy lagi..takpelah Comat,,nanti mummy balik tengok Comat. Mummy akan bawa Comat pulak bila adik-adik Comat dah sembuh dan kuat nanti. Comat bersabarlah yer..




****
Kadang-kadang kita terpaksa membuat pilihan,,dalam keadaan yang macamni,,pilihlah mengikut keutamaan tanpa mengabaikan yang lain. Anak-anak mummy yang lain sentiasa berada dalam ingatan dan doa mummy dari jauh.., semoga mereka sentiasa sihat dan dilindungi dari penyakit dan perkara yang merbahaya. Rindunya dengan mereka..kalau boleh dan berkemampuan,,aku ingin membawa mereka semua bersama...merekalah penghibur hatiku...tapi apakan daya,, aku tak mampu untuk melakukannya...