Friday 20 April 2012

A Very Long Journey to Terengganu

Perjalanan balik ke Terengganu selalunya mengambil masa 7 hingga 8 jam (Wira 1.5),,tetapi kalau kereta yang lebih power mungkin hanya mengambil masa dalam 6 hingga 7 jam...seperti post yang terdahulu,,kalini aku membawa 4 ekor pesakit kronik...4 bodyguard aku terpaksa ditinggalkan...Beberapa hari sebelum balik ganu...akupun ke petshop mencari carrier baru supaya mereka lebih selesa apabila di dalam kereta nanti..untuk Amok dan Amoi aku beli carrier yang lebih besar untuk memuatkan mereka berdua. Aku dapat harga murah sebab carriertu dah lama dan dah berabuk kat kedai tu...balik rumah aku basuh dan jemur di bawah sinaran matahari...wahhh..macam baru..kalau tokey tu nampak,,tentu dia menyesal jual murah ngan aku...hehehe

Tadaaaa...ini dia carrier untuk Amoi dan Amok
Harry dan Bulan aku letakkan dalam carrier yang agak besar juga untuk seekor kucing...supaya mereka selesa bergerak dan ada ruang untuk mereka melepas hajat...:-))

Nak gi mana lak ni mummy oiiii!!!!

Mana-mana mummy gi..Harry nak ikut...tak kisah sejauh mana sekalipun...

Bulan dan Harry tak banyak cerita dalam kereta,,,Bulan pada mulanya bising juga..tapi lama kelamaan dia senyap hinggalah sampai di rumah aku. Manakala Harry langsung tak berbunyi,,mungkin diapun dah tak bermaya kerana sakit dan Harry memang budak baik.

Amoi dan Amok sedih terpaksa berpisah dengan Apang, Amon, Abot dan Atam..

Perjalanan jauhpun bermula...

Bulan, Amoi dan Amok di seat belakang

Mummy...lama lagi ke??? (Amoi dan Amok tak berapa selesa dengan perjalanan jauh)

Ada orang akan memberikan ubat tidur kepada kucing mereka untuk perjalanan jauh. Ubat tidur untuk kucingni boleh didapati di klinik haiwan (jangan beri ubat tidur untuk manusia pulak), dan sukatan mesti betul. Tapi aku tak pernah berikan ubat tidur kepada kucing aku,,biarlah mereka menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan, walaupun kadang-kadang telinga terpaksa ditebalkan dengan bunyi bising mereka. Perjalanan jauh dengan kucing ada kebaikkannya juga,,kerana dengan adanya kucing,,kurang sikit rasa mengantuk...dengan bunyi bising mereka dan juga apabila kita dikejutkan dengan bauan hasil buangan mereka..terpaksa berhenti tepi jalan untuk membersihkannya..(peringatan: berhati-hati ketika membersihkan tempat mereka,,bimbang terlepas,,kalau boleh pasangkan tali di leher mereka..dan ikat.

Kira-kira 4.00pm kamipun sampai di Terengganu..









Kesian budak-budakni...siap kemas dan bagi mereka makan...terus dorang tidur,,aku pasangkan air-cond supaya mereka rehat cukup-cukup,,maklumlah merekani sakit,,aku tak mahu mereka stress...Setelah 2 minggu berada di Terengganu,,nampaknya mereka dah selesa..Kepada sesiapa yang mengikuti blog ini, tolong doakan mereka cepat sembuh sepenuhnya...TQ

****
Pengorbanan mesti dilakukan dengan keikhlasan dan dengan penuh rasa kasih-sayang...Jangan putus asa dengan ujian hidup, kerana ia mengajar kita erti PENGORBANAN, KASIH-SAYANG, KEIKHLASAN, KESABARAN dan KEJUJURAN...yang paling penting,,menyedarkan kita SIAPAKAH KITA DI MUKA BUMI NI???


No comments:

Post a Comment