Wednesday 25 April 2012

Mawarku Sayang

Mawar merupakan kucing yang paling vateran di kalangan kucing-kucingku..umurnya dianggarkan dalam 16 tahun..kalau manusia umurnya dah 80tahun. Umurnya aku anggarkan berdasarkan umur anak-anak saudaraku,,kerana masa mereka kecil lagi Mawar dah wujud. Mawar dilahirkan oleh Si Manis dan mempunyai 2 lagi adik-beradik yang lain iaitu Si Tanjung dan Si Melor..dalam umur mereka 6 bulan mereka di serang demam dan aku membawanya ke klinik,,namun Si Tanjung tak panjang umur dan mati tak berapa lama selepas itu. Si Melor pula mati ketika dah besar,,akupun tak ingat bila,,mungkin umurnya dalam 5 atau 7 tahun. Syukur,,umur Mawar panjang hingga sekarang,,sebagai warga Emas,,Mawar dah tak ada sebatang gigipun,,,tinggal gusi jer..nak bagi makan ubat agak senanglah kerana si Mawar akan gigit jari aku bila diberi makan ubat. Bila makan pula...makanan ditelan jer,,kekadang risau gak aku,,takut makanan tak boleh hadam,,,baru-baru ini aku dah tukarkan makanan Mawar kepada makanan untuk kitten...semakin tua,,sistem penghadamanpun akan kembali kepada kanak-kanak selain saiz kibbles yang lebih kecil memudahkan dia makan...mawar juga kuberi makan wet food, nasi dan ikan rebus...
  

Mawar duduk di rumah kucing dan dijaga oleh seorang maid...kalau aku ada di kampung..setiap hari aku akan menjenguk semua kucing yang duduk di rumah kucing tersebut.


Disebabkan umur Mawar dah tua..kulitnya sangat sensitif...aku akan mandikan dia dengan syampoo berubat yang di ambil di klinik haiwan..









Yang warna hitam di badan Mawartu adalah minyak gamat..

****
Sebenarnya aku sangat takut kehilangan Mawar...sebab itu selagi dia hidup dan selagi mampu, aku akan bagi yang terbaik untuk dirinya. Bukan sahaja Mawar,,,aku juga sentiasa takut untuk kehilangan mereka semua..tapi siapalah aku untuk menahan perkara itu dari berlaku...kita terpaksa belajar untuk "RELA MELEPASKAN" dan "BERSEDIA MENGHADAPI APA JUGA KEMUNGKINAN" apabila tiba waktunya. Entah bila,,,samada mereka atau aku yang pergi dulu...tetapi aku sentiasa berdoa jika apa-apa terjadi pada diriku,,aku harapkan akan ada orang yang akan menjaga mereka semua sepertimana aku menjaga mereka...Ya Allah kau peliharalah mereka semua..kasihanilah hambamu ini...aku tidak mengharapkan kekayaan melimpah ruah...cukup hanya mohon kau murahkanlah rezeki aku agar aku mampu menyara hidup mereka semua dan janganlah kau ambil aku jika tiada siapa yang dapat menjaga mereka dan jika sememangnya telah tiba juga saat untuk aku pergi..kau ambillah mereka bersama ku sekali...aminnnn...   

No comments:

Post a Comment