Thursday 12 April 2012

Balik Ganu

7hb. April 2012 tibalah masanya untuk aku pulang ke Terengganu untuk menyambung perjuanganku...sedihnya hatiku hendak meninggalkan anak-anak kesayanganku...hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaanku..tapi aku terpaksa...aku berjanji dengan diriku...sibuk macamanapun aku,...aku akan balik untuk melihat mereka,,memantau keadaan mereka, kesihatan mereka dan keperluan mereka, aku akan bawa bersama Amok, Amoi, Bulan dan Harry kerana mereka sakit teruk dan perlu makan ubat. Terpaksalah aku membatalkan rancanganku untuk membawa 4 bodyguardku bersama.

Amoi dan Amok telah menunjukkan simptom FIV
Harry disyaki phenomia

Bulan baru sembuh dari Sporo dan ada FIV

Kesian Comat terpaksa ditinggalkan,,tak dapatlah dia tidur dengan mummy lagi..takpelah Comat,,nanti mummy balik tengok Comat. Mummy akan bawa Comat pulak bila adik-adik Comat dah sembuh dan kuat nanti. Comat bersabarlah yer..




****
Kadang-kadang kita terpaksa membuat pilihan,,dalam keadaan yang macamni,,pilihlah mengikut keutamaan tanpa mengabaikan yang lain. Anak-anak mummy yang lain sentiasa berada dalam ingatan dan doa mummy dari jauh.., semoga mereka sentiasa sihat dan dilindungi dari penyakit dan perkara yang merbahaya. Rindunya dengan mereka..kalau boleh dan berkemampuan,,aku ingin membawa mereka semua bersama...merekalah penghibur hatiku...tapi apakan daya,, aku tak mampu untuk melakukannya...








No comments:

Post a Comment