Tuesday 7 February 2012

Berpindah ke Kampung

Setelah setahun di rumah baru,,,berpindahlah budak-budakni ke kampung pula. Perjalanan biasanya mengambil masa 8 jam. Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan cuaca yang mungkin panas, maka aku bertolak ke kampung seawal pukul 3 pagi. Apabila sejuk. mereka selalunya tidur berhimpit-himpit dan senyap, maka amanlah perjananku.


JEBAT, TUAH, BOBBY dan ZORRO (Tuah dan Bobby dah arwah disebabkan sporo)





Geng TOMMY, JERRY,  JUNIOR, ONGCHU, KITTY dan PREETY


COMEL dan 7 anaknya



Memindahan budak-budakni ke kampung bukan perkara yang mudah, ianya agak mencabar kerana perlu dilakukan dalam beberapa trip perjalanan yang memakan masa yang agak panjang. Tempat duduk penumpang di bahagian depan perlu dicabut untuk meletakkan sangkar yang lebih besar. Apapun yang berlaku semuanya kutempuh juga untuk memastikan mereka ditempatkan ditempat yang betul-betul selamat. Walaupun disepanjang perjalanan, ada yang terberak, terkencing, mabuk dan bising mengiau, akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju...Lega rasanya!!!!

***
Kalau ramai anak, keretapun kena yang lebih besar dan selesa juga,,,buat masa sekarangni mummy belum mampu lagi la.

No comments:

Post a Comment