Wednesday, 1 February 2012

Bulan dan Bintang

BULAN dilahirkan oleh si COMEL yang dibuang orang ketika mengandung. COMEL melahirkan anak pertamanya di bawah sepohon pokok di depan rumah, lalu aku menamakan anak sulungnya AKOK. Sebelum melahirkan anak seterusnya..aku masukkan si COMEL ke dalam kotak,,bimbang takut di makan biawak anak-anaknya nanti dan kualihkan ke tempat yang selamat. Si COMEL selamat melahirkan lima ekor anak yang dinamakan AKOK, ATAM, ADANG, BULAN dan BINTANG. Adang mati ketika umurnya mencecah tiga bulan kerana ada masalah keras ditengkuknya, selalu jalan menunduk,,sebab itu dia dinamakan ADANG (singkatan bagi Seladang). 
Comel dan anak-anaknya
Makan nasi campur ikan (Bintang yang 3 warna sebelah Tam-Tam) 
Pada awalnya keempat-empat beradik ini cergas dan kelakar. Aku belikan mereka mainan dan "Cat Tree" supaya mereka  gembira. "Cat Tree" yang kubeli hanya dapat bertahan sebulan,,.habis patah dikerjakan oleh budak empat ekor ini. Tiba-tiba BINTANG mengalami selsema berpanjangan dan aku asingkannya dari adik-beradik yang lain kerana dikhuatiri menjangkit. Pada masa yang sama kuletakkan BULAN bersama BINTANG kerana BULANpun selsema. Selain senang untuk diberi ubat,,BULAN kuharapkan dapat menemani BINTANG. Namun, tanpa kusedari hidung BINTANG mula membengkak dan luka, lalu kuasingkan pula BULAN dan BINTANG. Ku bawa ke klinik, namun tiada perubahan dan BINTANG mati tidak lama dari itu. Sejak itu tinggallah BULAN sendirian tanpa BINTANG. Terdapat kudis dikaki BULAN dan dihidungnya mula tumbuh seakan-akan jerawat. Ku bawa ke klinik kerajaan,,tiada perubahan malah luka dikaki semakin membesar dan hidungnya bertambah besar kerana bisulnya telah pecah. Lalu ku bawa ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan selanjutnya, manalah tahu boleh baik. Di beri suntikan dan beberapa jenis ubat yang mana aku pasti ubat tersebut adalah sama dengan apa yang diberi oleh klinik kerajaan,,tapi harga ubat dan rawatan tidak munasabah langsung. Diberi tempoh dua minggu jika tiada ada apa-apa perubahan, aku disuruh membawa semula BULAN ke klinik, namun hampa kerana keadaan BULAN semakin teruk. Bisul-bisul mula tumbuh di telinga dan pecah. Luka di kaki semakin membesar dan celah-celah kaki mula ditumbuhi bisul dan pecah..azabnya BULAN...kesiannya kau BULAN kerana terpaksa menanggung penderitaan ini. Ingin kubawa semula BULAN ke klinik tersebut,,tetapi kepercayaanku terhadap klinik tersebut telah hilang..BULAN kuat semangat,,walaupun sakit dia tetap mahu makan..kubelikan jelly gamat untuk diminum dan untuk disapu di luka-lukanya. Namun tiada perubahan juga,,aku buntu dan sedih melihat keadaan bulan. Aku cuba juga dengan iodin,,kucuci luka-luka dengan iodin dan kusemburkan luka tersebut dengan magtox veterinary herbal spray...tapi dia mengelupur kesakitan apabila kuletakkan kedua-dua ubat ini.

Aku tak sanggup untuk melihat bulan berkeadaan begini...lalu aku membuat keputusan untuk membawa BULAN ke Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan di klinik yang lebih baik. Aku membawa BULAN ke University Veterinary Clinic. Doktor hanya memberi pilihan samada untuk PTS (Put to Sleep) ataupun teruskan rawatan yang mana kos rawatannya memang tinggi. Aku memilih untuk meneruskan rawatan kerana siapalah aku untuk menamatkan riwayat BULAN sebelum sampai waktunya. Dan aku percaya BULAN bersemangat untuk hidup. Ku tinggalkan BULAN di klinik pada 21.12.2011,,malamnya Doktor menelefon aku bahawa BULAN FIV positif dan BULAN juga menghidapi Sporotrichosis, kedua-dua penyakit ini sukar diubati dan selalunya diakhiri dengan kematian...aku hanya mampu berdoa supaya BULAN sembuh, walaupun dalam masa yang sama peluangnya amat tipis..BULAN kutinggalkan di wad selama seminggu dan bila ada masa terluang aku melawatnya. Selama BULAN di kilinik aku tak lena tidur malam,,asyik teringatkan BULAN. Pada 28.12.2012 akupun mengambil BULAN untuk kubawa pulang ke rumah. Sangkarnya ku balut dengan net untuk menghalang lalat masuk dan menghinggap lukanya, sangkarnya kualaskan dengan kain, berak kencingnya di atas kain..pagi dan petang kuberi BULAN ubat,,,dalam tempoh sebulan BULAN menunjukkan perubahan...namun perubahan yang sangat perlahan..tanpa putus asa ku terus merawat BULAN tanpa jemu. Pertengahan bulan Januari 2012 kulihat bulan bertambah baik, lukanya bertambah kecil, hidungnya yang membengkak mula surut dan mengecil..Sekarang, pada bulan Febuari 2012 BULAN bertambah cantik walaupun bentuk hidungnya tidak seperti asal. BULANNN...walaupun mummy tak tahu setakat mana umur BULAN,,tetapi mummy gembira dapat memberi BULAN peluang kedua untuk meneruskan hidup ini. Setiap kali mummy menjenguk BULAN disangkar,,mummy rasa hilang segala masalah apabila melihat BULAN kembali ceria dan manja...Pada masa yang sama mummy juga rasa bersalah terhadap BINTANG kerana tidak sempat mendapatkan rawatan untuknya sebagaimana BULAN. Tetapi mummy percaya setiap apa yang berlaku ada sebabnya,,mungkin Allah mahu mummy menjadi lebih bertanggungjawab terhadap amanahNYA iaitu kamu semua...Inilah bahagian hidupku..aku bersyukur..semoga Kau tabahkan hatiku, berikanku kekuatan dan kesabaran dan Kau murahkan rezekiku agar aku dapat menjalankan amanah ini dengan baik..Aminnnn
Ubat-ubat BULAN : Antifungal, DMG, Liver support, Baytril, B-complex, Ketoconazole, meptin dan R.B.Tone. Disamping itu saya campurkan ZANITON dalam minuman BULAN dan lukanya saya sapukan LUKANO; keluaran  Gamat Heelin. Makanan bulan adalah makanan basah dicampurkan dengan ZD wet food dari Hills (untuk kulit sensitif)...
##Tempoh untuk BULAN sembuh dari penyakitnya adalah hampir 10 bulan dari tanda-tanda penyakit bermula. Oleh itu, jangan putus asa jika anda mempunyai kucing yang sakit kronik,,kerana tiada apa yang mustahil di dunia ini,,,yang paling penting berusaha mengubatinya, jangan kedekut (wang), sabar dan berdoa..yang lain-lain serahkan kepada Allah. 



6 comments:

  1. Bila baca kisah Bulan, air mata tak dapat ditahan...sedih dengan penderitaan dan terharu dengan ketabahan tuan Bulan... Semoga Bulan akan terus sihat...

    * Pernah alami kucing sakit yang perlukan rawatan dan perhatian tetapi tidak seteruk Bulan... Setuju sangat bahawa kita jangan kedekut untuk mengeluarkan wang untuk perubatan kerana ada kalanya rawatan untuk kucing jauh lebih mahal daripada tuannya...Namun yakinlah, rezeki yang ada datang daripada NYA... sedikit kita belanjakan dengan niat kerana NYA, akan lebih banyak yang digantikan oleh NYA...

    Syabas tuan Bulan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan bulan memang seorang yg berhati mulia, banyaknya pahala ko... semoga ALLAH limpahkan rezeki utk ko.

      Delete
  2. Subhanallah.....bertuah Bulan mendpt mummy yg sabar dan tabah dlm menjaganya...

    Tahniah,semoga anda dilimpahkan rahmat dan rezeki yg melimpah ruah,kebahagiaan,kesihatan dan keberkatan

    ReplyDelete
  3. allahuakbar..tahniah sebab tak putus asa dlm menjaga kucing2 ni.. terharu saya baca..semoga di berkati Allah :')

    ReplyDelete
  4. mcm mana nie sedih sgt..
    kucing tgh mnderita pnyakit sporo.
    esok nak bwk klinik.
    buntu sma ada nak pilih PTS atau truskan rawatan.
    sy nie still blajar and mmg tak duk rumah.
    Parent pulak bz.adik2 lain pun.
    Ya Allah sedih sgt.

    ReplyDelete
  5. Kucing saya pun sakit teruk sporo.... Tapi saya akan cuba buat yg terbaik utk dye... Fighting!!!!

    ReplyDelete