Tuesday 14 February 2012

Toilet Kucing Yang Praktikal

Aku berasal dari kampung. Masa aku kanak-kanak dan remaja kucing-kucing aku bebas keluar masuk rumah tak kira siang atau malam. Disebabkan kucing selalu hilang,,mungkin ditelan ular sawa maka mereka hanya dibenarkan keluar pada waktu siang sahaja. Waktu malam dikurung dalam rumah...di manakah mereka melabur??? Jawapannya mereka melabur  dalam takung yang berisi tanah,,takungtu pula di buat dari tin minyak tanah yang dipotong dua. Tapi lama kelamaan mereka diajar melabur di dalam bilik air,,caranya,,kurungkan mereka di dalam bilik air pada waktu malam..bila dah pandai mereka tak perlu dikurung lagi..tetapi ada gak yang buat hal melabur atas kain lap kaki, tilam dan juga atas karpet....biasalah tu...:-)

Bila kucing dah bertambah maka dibinakan rumah kucing di luar rumah,,,dan mereka melabur dalam takung berisi tanah dan kadang-kadang aku guna pasir juga (pasir buat rumah). Tapi bila aku dah bekerja dan tinggal di rumah sendiri aku gunakan pasir yang dijual disupermarket,,mula-mula ok lah..tapi aku tak selesa apabila pasir selalu berterabur dan kekadang najis mereka berterabur sekali atas lantai, berbagai jenis pasir kucing telah kucuba...tapi aku masih tak berpuashati. Akupun mendapat idea, idea ni aku dapat ketika aku membela anak kucing,,anak kucing selalunya aku alas dengan kertas surat khabar sahaja...dan mereka berak kencing atas surat khabar tersebut.

Cara-caranya:-

1.  Ambil takung kosong, boleh dibeli dimana-mana kedai barangan plastik dengan harga RM10 (besar) dan   RM7 (sederhana)




2.  Alaskan dengan surat khabar,, kalau boleh biar tebal sikit untuk menyerap segala cairan. Aku suka guna suratkhabar Cina, kerana ianya tipis dan senang menyerap. Surat khabar lainpun boleh,,takde salahnya..




3.  Siatkan suratkhabar yang lain.



4. Masukkan kertas yang dah disiat ke dalam takung yang dah beralas tadi.




5. Tadaaaa!!!! siap untuk digunakan





6.   Setelah selesai...digulungkan nasi lemak tersebut lalu dimasukkan ke dalam plastik sampah dan pada keesokkan harinya akan diangkut pula oleh lori sampah ke tempat pelupusan sampah.





Jika sebelum ini kucing anda menggunakan pasir,,peralihan boleh dilakukan dengan cara:

1.   Minggu pertama campurkan "SEDIKIT" kertas yang disiatkan ke dalam pasir yang kucing anda selalu gunakan.

2.   Minggu kedua,,tambah kuantiti kertas ke dalam pasir.

3.  Minggu ketiga,,kuantiti kertas ditambah supaya lebih banyak dari pasir.

4.  Minggu keempat pertukaran kepada kertas sepenuhnya


Kebaikan menggunakan kertas:

1.  Murah.
2.  Tak bersepah
3.  Lebih bersih
4.  Senang diuruskan
5. Kertas mengandungi karbon,,karbon adalah penyerap bau (walaupun tak 100%)

Keburukkannya :

Kaki kucing anda mungkin akan jadi hitam sedikit,,tetapi tak mengapa kalau dilap atau dimandikan akan hilanglah warna hitam karbontu.

##Bagi saya,,penggunaan kertas lebih praktikal dan menjimatkan. Penggunaan kertas adalah pilihan pertama saya, kedua kristal (mahal sikit) dan ketiga barulah pasir. Jika anda outstation,,letakkan 2, 3 takung atau lebih mengikut bilangan kucing yang anda ada dengan anggaran mereka berak dan kencing 2 kali sehari.

Sekian,,,SELAMAT MENCUBA!!!!!



****
Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya,,yang penting jangan putus asa untuk mencuba. Penyelesaian yang kita pilih pula mestilah mengikut kemampuan dan kesesuaian kita.

1 comment: