Sunday 5 February 2012

EMY dan Pencuri

Rumah baruku terletak di kawasan kampung,,seronok kerana dekat dengan tempat kerja dan kedudukan jiran-jiran yang tidak terlalu dekat. Budak-budak berekor pula aman di rumahnya yang agak luas. Beberapa bulan aku duduk di rumah baru,,berlakulah perkara yang tidak diingini. Pada satu hari, lewat petang aku ke kedai kawanku dan pulang ke rumah kira-kira 7.30pm. Apabila sampai di pintu pagar kira-kira 7.50pm, kawanku memberitahuku bahawa dia ternampak seperti ada orang di dalam rumahku. Alamakkkk...Ya Allah..tingkap di bilikku terbuka luas...sah!! ada pencuri di dalam rumahku...Menggigil tanganku membuka kunci pagar rumahku..manakala kawanku berlari ke belakang rumah untuk mengejar pencuri tersebut. Sebelum masuk ke dalam rumah aku memanggil kawanku..kerana aku takut untuk memasuki rumah sorang-sorang, bimbang jika masih ada pencuri di dalamnya.

Perkara pertama yang aku bimbangkan ialah kucing-kucingku...adakah mereka selamat? Kupanggil COMAT, MIKEY, EMY dan EPY...mula-mula EMY yang keluar, diikuti EPY dan MIKEY. Berkali-kali aku memanggil COMAT tetapi tak juga keluar...kupanggil lagi,,ku nampak COMAT keluar perlahan-lahan dari celah sofa dalam keadaan takut-takut. Kemuadian aku turun untuk melihat budak-budak di dalam rumah kucing pula...Alhamdulillah mereka tak apa-apa tetapi mereka kelihatan takut-takut juga. Kuperiksa setiap sudut rumahku bersama kawanku...clear takde apa-apa. Ku periksa bilik bacaan, bilik ini telah di geledah..sebelum keluar tadi, hatiku terdetik untuk mengunci pintu bilik tersebut tetapi aku abaikan. Camera DSLR ku berjaya dicuri..mereka tak sempat melarikan yang lain-lain kerana mungkin mereka baru berjaya memasuki rumahku. Grill di bilikku dipecahkan rupanya...Mulai saat itu aku dapat merasakan bahawa kawasan rumah baruku tidak selamat dan aku juga sentiasa berdebar apabila menjelang waktu malam. Rupa-rupanya kawasan rumahku adalah "black area", ramai penagih dadah. 

Lalu aku berusaha mencari seseorang yang dapat menemaniku..Alhamdulillah seorang pelajar UMT sudi menyewa bilik di rumahku. Semenjak itu aku rasa lega dan dengan harapan pencuri tidak berani datang lagi. Rupa-rupanya telahan aku meleset sekali apabila satu malam, kira-kira pukul 3.00am EMY mengiau tanpa henti..mula-mula aku biarkan sahaja. Tetapi tiba-tiba housemateku mengetuk pintu bilikku, katanya ada orang cuba membuka tingkap di biliknya. Kubuka semua lampu di dalam dan disekeliling rumahku. Patutlah EMY mengiau,,rupa-rupanya dia nak beritahu aku bahawa ada pencuri cuba untuk memasuki rumahku. Semenjak itu, jika EMY mengiau panjang, aku akan buka semua lampu di dalam dan di luar rumahku. Bodyguardku EMY sebagai alarm baruku. 

Pencuri cuba membuka tingkap dengan pembaris nipis


EMY bodyguardku yang cekap..TQ EMY


Aku berfikir memang tak selamat untuk aku tinggal di sini lagi dan akupun merancang untuk berpindah semula ke kawasan taman perumahan..tetapi bagaimana pulak dengan budak-budakni? Setelah setahun aku menduduki rumah ini,,,akupun berpindah ke rumah baru yang terletak di kawasan pinggir bandar. Manakala budak-budakni aku pindahkan semuanya ke kampung.

No comments:

Post a Comment