Thursday 2 February 2012

Si Emy

Sebagai seorang pendidik aku selalu juga menyelitkan cerita-cerita kucingku secara tak langsung kepada anak muridku, dengan harapan mereka dapat menghormati makhluk ciptaan Allah ini dan bagi mereka yang selalu bertandang kebilikku dan sukakan kucing sepertiku,,kami akan bercerita panjang mengenai pengalaman masing-masing. Linda anak muridku menceritakan kepadaku bahawa di blok penginapannya ada seekor kucing muda yang baru kematian anaknya. Kucing tersebut katanya ada luka diperut dan mereka telah membawanya ke klinik haiwan kerajaan..Memandangkan cuti semester hampir tiba dia bimbang keselamatan EMY..saya katakan bawalah EMY pulang ke kampung, tapi katanya mungkin dia sukar untuk membawa EMY pulang sebab dia menaiki bas dan perjalanan memakan masa hampir 12 jam. 

                               Si jelita EMY

Satu pagi ketika aku ke pejabat,,kelihatan seekor kucing kelabu berekor kontot telah menungguku di hadapan pintu pejabatku,,dia asyik mengiau,,aku berikan dia biskut,,dijamahnya sedikit lalu berlalu sambil mulutnya mengomel entah apa-apa. Tengahari aku belikan nasi bungkus dan aku panggil budak kelabu berekor kontotni makan..Yang peliknya dia tak kemana-mana hanya berligar disekitar pejabatku. Selepas waktu pejabat aku lihat dia tidur nyenyak di sofa hadapan bilikku..kesianya budakni....aku terus dukung dan bawanya pulang. Sepanjang jalan pulang ke rumah bising mulutnya tak henti membebel...

                            EMY dan COMAT

Keesokan harinya apabila Linda datang ke bilikku aku bertanyakan tentang EMY,,katanya dia bimbang kerana EMY tak kelihatan untuk diberi makan. Apabila aku ceritakan budak kelabu berekor kontot,,Linda kata itulah si EMY,,semalam EMY mengikut dia ke kelas..EMY....EMY...pandai EMY mencari mummy baru yer..takpelah EMY..bolehlah EMY berkawan dengan si COMAT dan MIKEY, sekurang-kurangnya EMY dapat melupakan anak kecilnya yang dah mati itu. Dalam sebulan EMY bersamaku,,dan keadaan EMY aku yakin 100% sihat aku hantar EMY ke klinik untuk dikembirikan. Aku minta maaf kepada EMY kerana aku terpaksa melakukannya kerana di kampungpun dah ramai kawan-kawanya yang dibuang orang,,aku kena menjaga bilangan mereka supaya aku mampu menyara mereka semua dengan selesa.

                        EMY asyik tidur selepas 
                              dikembirikan

                             EMY dan MIKEY

             EMY sangat suka bermain dengan teddy


Apabila melihat EMY aku teringat pada Linda. Sekarang Lindapun dah grad dan baru-baru ini telah mendirikan rumahtangga,,,semoga Linda hidup bahagia selama-lamanya dan semoga Linda juga masih menyayangi dan mengambil berat tentang kebajikan kucing terbiar.




 


 

2 comments:

  1. huhu rindu kat emy... sy ingt lagi aritu pagi2 emy da tggu linda depan pintu kls. ms ni kitorg mnginap kat hostel tok jembal. tp emy ddk hostel dlm unisza kat blok lama. bila org yg tukang buka pintu dtg, emy terus masuk kls agaknya teringin nk belajor sekali ngn mak dia kot. tp masa tu lecturer da masuk n ready nk mngajor. kitorg tpaksa suh si emy kluar. yg cuaknya bila abis kls puas cari nk bg dia mkn tp xjmp. ingtkan p mne.. rupanya bertuah la emy dapat mummy baru...

    kucing mmg reti beza org yg suka & org yg xsuka dia.. tgk si emy ni, dlm bnyk2 bilik lecturer, bilik yg paling hujung jgk yg dia cari... agaknya emy da dpt hidu aura "kasih syg kucing" yg ade kat lecturer ksygn kitorg ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer kucing ada instinct yang kuat..kirim salam kat Linda yer...rindu gak kat u ols..

      Delete