Monday, 5 March 2012

Cameron Highland dah Tak Sejuk

Hari Jumaat 2.3.2012 aku, kakak dan anak saudara ke Cameron Highland,,hajat dihati nak menyejukkan diri setelah lama duduk dalam kepanasan. Anak-anak bulu kutinggalkan dengan bibik untuk 3 hari 2 malam...




Sebelum tu aku dah tempah bilik di Hotel Equatorial..request bilik di level paling atas sekali, konon-kononnya nak menikmati permandangan indah Cameron Highland. Apabila tiba di lobi hotel,,hatipun berbunga-bunga dan rasa teruja..tetapi tersangatlah hampanya apabila diberitahu bahawa buat sementara waktu hotel tak ada air,,jabatan air tengah melakukan pembersihan..adoiyaiii. Berpindahlah kami di Brincang..hotel bajet dahlah..jimat kos..Setelah berehat seketika kamipun keluarlah meronda,,,baru perasan bahawa Cameron dah tak sesejuk seperti 10 tahun dulu. Sesekali jer angin sejuk menyapa muka aku...Pembangunan tanah untuk berbagai tujuan pembangunan ekonomi adalah antara faktor mengapa Cameron dah tak sejuk seperti dulu.



Esoknya kira-kira pukul 12.00pm kamipun bertolak turun dari Cameron dan menuju ke Taman Rekreasi Air Panas di Sungai Klah, Sungkai dan bermalam sehari di sana. Tempatnya agak menarik, seronok juga berendam dalam kolam air panastu. Kami check out dalam pukul 10.00am dan menuju ke IKEA,,saje jalan-jalan cuci mata..lenguh kaki berjalan,,orang tersangatlah ramainya,,maklumlah hari Ahad. Kira-kira pukul 4.00pm kamipun bertolak balik ke Batu Pahat dan tiba di rumah kira-kita pukul 7.00pm. Terus tengok anak-anak bulu..rasa rindu pulak kat dorangtu..memang hidupku tak ada ertinya tanpa mereka disisi..merekalah kesayanganku..


****
Kadang-kadang kita perlu BEBASkan diri dari rutin harian. Nikmati hidup yang sementara ini tanpa melupakan tanggungjawab kepada yang tersayang. 

No comments:

Post a Comment