Saturday, 17 March 2012

Jom ke Melaka!!

Isnin,,12.3.2012,,Apang, Amon dan Amok ku bawa ke Melaka. Apang sebenarnya sudah sampai masa untuk vaksin kali ke-2, vaksin kat mana-mana klinikpun sama jer tetapi Apang dulu ada kes Parvo Virus dan dirawat di klinik tersebut,,sambil-sambiltu bawa sekali dak Amon dan Amok yang tak berapa sihat. Amon nampak badannya masih tak stabil lagi dan Amok pula selsemanya tak sembuh-sembuh walaupun dah diberi ubat. 






Amon sebelumtu dah dibawa ke klinik kerana ada sedikit virus, dah dua minggu diberi ubat tetapi takde perubahan sangat,,jadinya aku bawa dia lagi untuk pemeriksaan lanjutan.
















Keselamatan mesti diutamakan,,pakaikan seat belt..



Carrier ni agak besar,,jadinya bolehlah disumbatkan budak 3 ekorni sekaligus..





Bila sampai,,klinik belum ada orang,,,kira akuni orang pertama yang sampai..senang hati takyah menunggu lama..Dr.Liza adalah pilihan aku sebabnya dia sangat teliti, lembut dengan kucing dan dia orang kampung aku juga...hehehe


Budak-budakni ditimbang dan diambil suhu badannya..berat Apang dan bertambah 500gram, Amokpun bertambah 200gram dan Amon rasanya tak berubah...budak kemetot..


Selesai semuanya dalam setengah jam jer..Amon dan Amok kena makan ubat dan Apang vaksin kali ke-2..sampai rumah dalam pukul 12.30pm...terimakasih kepada highway yang telah mempercepatkan perjalanan aku.

****
Kalau ada duit berilah rawatan yang sepatutnya mereka terima...kalau takde,,cukuplah ikhtiar rawatan di klinik kerajaan ataupun rawatan tradisional seperti air kelapa untuk demam,,kunyit atau daun senduduk untuk luka dan minyak jelantah untuk kurap..yang penting usaha untuk mengubati mereka dan jangan dibiarkan bila mereka sakit tanpa rawatan...

No comments:

Post a Comment