Monday, 26 March 2012

Aku Ingin Berteman

Kalau tak silap umur Bulan dah nak masuk 2 tahun, cepatnya masa berlalu, kiranya Bulan dah masuk usia remaja. Tempoh matang kucing betina selalunya 5 bulan ke atas, tetapi Bulan sakit teruk...masa dia sakit dulu, dia tak ingat untuk mengorat kerana sibuk melayan sakitnya..Aku perasan sejak dua menjak ni dia dah pandai nak mengorat mat-mat rempit yang lalu lalang di rumah aku tu..Doktor kata Bulan boleh dispay apabila dia dah 100% sihat..tapi aku rasa tak berapa yakin untuk spay si Bulan ni..maklumlah penyakit Bulan ni kronik..silap haribulan luka dia tak baik dan berlaku infection..



Sian Bulan..terpaksa diletakkan berjauhan dari kawan-kawan yang lain akibat penyakitnya yang boleh berjangkit tu...


Kadang-kadang sedih gak tengok Bulan takde kawan,,duduk sorang-sorang, dulu masa dia kecik-kecik,,bahagia jer tengok dia bermain-main dengan mak dan adik-beradiknya, tapi..nak buat macamana? dah takdir hidup dia macamtu...










Sori yer Bulan,,Bulan tak boleh lepas bebas ngan mat-mat rempit tu,,semuatu untuk kebaikan Bulan juga,,


****
Kalau dah ditakdirkan hidup sendiri..TERIMALAH DENGAN REDHA...takde apa yang perlu dikesalkan..Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita...Bersyukurlah dengan apa yang ada,,walaupun hidup bertemankan seekor kucing...:-))Itulah ujian namanya,,takde sorangpun terlepas dari ujian Allah,,cuma bentuknya sahaja yang berbeza..oleh itu, jangan menghina atau pandang rendah kekurangan orang lain sebab kita sebenarnya "SAMA" jer..




No comments:

Post a Comment