Semalam, Selasa 6.3.2012 aku ke UKM untuk menyelesaikan kerja yang dah agak lama tertangguh. Harry kubawa bersama kerana dia ada masalah pernafasan, kelihatannya seperti asthma,,kesian Harry susah dia nak bernafas.
Dalam perjalanan di highway utara-selatan, sebahagian ekzos kereta aku tercabut ditengah jalan..bunyi keretapun dah macam kereta formula one,,dasyat tu..bila sampai di tol Bangi, malu jugalah dengan bunyi yang mengaumtu..hehehe
Sampai di Bandar Baru Bangi aku terus ke klinik veterinar Honey Pet Shoppe,,tapi klinik masih tutup, pukul 2.00pm baru buka,, ada lagi 2jam,,jadinya aku mencari bengkel kereta,,ekzos kereta aku dah karat dan perlu ditukar semua...adoyaiii,,lari lagi bajet aku bulanni..takpelah asalkan kereta sedap dipandu dan selamat..budak-budak dibengkeltu suka dengan Harry tapi Harry tak mahu keluar dari carrier..takutlah tu..
Pukul 2.00pm klinikpun dibuka,,kira-kira 1 jam jugalah aku menunggu di depan klinik,,tapi Harry budak baik,,dia tak buat hal dan keluar sekejap-sekejap jer,,kemudian masuk semula ke carrier..anak mummy memang baik,,tengoklah siapa yang didik dia..:-)
Dr. kata Harry ada masalah pernafasan,,mungkin disebabkan dia obes, mungkin paru-parunya dah rosak, mungkin paru-parunya cacat dan berbagai lagi kemungkinan..Dr. akan lakukan blood test dan x-ray,,ya Allah kau sembuhkanlah Harry..kesiankanlah Harry..
Hari ini dalam pukul 2.00pm aku akan ke klinik lagi untuk mengetahui perkembangan Harry. Semoga penyakit Harry dapat disembuhkan.
****
Dalam kehidupan ini berbagai kemungkinan boleh berlaku..bersedialah menghadapi segala kemungkinan dalam hidup, berserah kepada Allah dan berdoa semoga dipermudahkan segala urusan dan pengakhiran yang baik di dalam semua masalah yang kita hadapi. Mummy akan lakukan yang terbaik untuk anak-anak mummy walaupun sampai satu tahap mummy terpaksa korbankan apa yang mummy ada. Tapi aku percaya aku tak akan jadi papa kedana hanya membela haiwan kesayangan nabi ini..
No comments:
Post a Comment