Minggu lepas aku telah diberitakan Miss Linie ku telah kembali kepada Penciptanya...Perasaanku??? terkejut, sedih dan terkilah. Mulanya, aku ingin membawa Linie bersamaku pulang ke Terengganu,,tapi apakan daya keretaku telah penuh dengan budak-budak yang sakit dan juga barang-barangku,,dah tak ada ruang untuk carrier Linie. Linie telah dibuang oleh manusia durjana di selekoh jalan masuk ke rumahku. Umur mereka kira-kira sebulan lebih pada masatu. Tiga beradik malang yang berkurap teruk ku kutip lalu kurawat, tapi malangnya dua beradiknya yang lain mati dulu selepas beberapa minggu berada di rumahku. Linie membesar bagai Johan..comel, manja dan kelakar,,sentiasa menceriakan suasana. Linie tinggal bersama nenek Mawar dan nenek Ray. Sehingga satu hari nenek Mawar tercakar biji mata Linie,,mata linie membengkak lalu kubawa ke klinik untuk rawatan,,selepas pembedahan aku rawat sendiri Linie sehingga sembuh..dalam tempoh tersebut Linie terpaksa diasingkan dari nenek-nenek kesayangannya itu. Selepas dua minggu, jahitan dibuka dan Linie kembali ceria.
Namun aku terpaksa pulang ke Terengganu kerana tugas. Kata emak, Linie mula taknak makan,,badannya semakin kurus sehinggalah dia menghembuskan nafasnya pada petang Jumaat, keadaan ini berlaku terlalu pantas. Maafkan mummy Linie kerana mummy tak ada disisi Linie ketika Linie amat memerlukan mummy. Mak kata mungkin Linie rindukan aku sebab sebelumtu dia memang sihat. Sebelum balik ke Terengganu aku sempat memandikan Linie dan aku juga telah meninggalkan beberapa jenis ubat yang selalu aku gunakan untuk rawatan asas bagi kucing-kucingku yang tak sihat. Aku terkilan kerana tidak dapat membawa Linie bersamaku,,sehingga kini masih bergenang airmataku apabila mengenangkan Linie. Mummy sayang sangat kat Linie,,tapi Allah lebih sayangkan Linie lagi,,semoga kita bersama semula di alam yang kekal abadi.
****
Jika kita selalu bersama mereka, merekapun akan rasa kehilangan jika kita tiada disisi mereka. Bawalah mereka ke mana kita pergi jika kita mampu dan lebih-lebih lagi jika kita terpaksa menetap disatu-satu tempat dalam jangkamasa yang lama.
No comments:
Post a Comment