Aku diduga dengan kucing terkena sporo sekali lagi. Amok dan Amoi anak yatim piatu yang kubela semenjak dibuang orang di depan rumah. Membesarkannya hanya dengan memberi mereka susu botol. Apabila umurnya masuk 4 bulan aku membawanya untuk divaksin. Walaubagaimanapun, dalam tempoh menunggu untuk divaksin kali kedua, Amok dan Amoi selsema dan tak sembuh-sembuh. Kemudian timbul bengkak dihidungnya, aku dah rasa mesti ada sesuatu yang tak kena. Hasil ujian darah di Melaka, Amok positif FIV(mild), begitu juga kakaknya Amoi.
Budak comel Amok dan Amoi masa kecil |
Rawatan di rumah, aku memberi mereka makan ubat yang dibekalkan oleh doktor, tetapi tiada perubahan. Aku bawa pula mereka berdua ke klinik di JB (yang merawat BULAN), ujian darah juga dilakukan sekali lagi dan doktor mengesahkan dua beradikni FIV positif dan kudis di dahi Amoi dan mata Amok adalah sporo. Disebabkan mereka berdua tak seteruk Bulan, kufikirkan tentu mereka cepat sembuh dengan rawatan awal.
Kebetulan aku perlu pulang ke Terengganu, maka aku bawa mereka berdua, Bulan dan Harry. Apabila bekalan ubat telah habis, lalu aku bawa mereka ke klinik Jawhari di Kuantan. Kombinasi ubatnya memang berbeza dengan klinik sebelumtu, jadi aku terpaksa ikutlah. Dalam 3 bulan pertama aku lihat Amoi dah sembuh sepenuhnya, kudis dah kering dan bulupun dah tumbuh di dahinya. Amok pula, kudis di keliling mata telah kering, tetapi hidungnya bengkak lagi.
Tepi mata semakin kering, tetapi hidung masih bengkak |
Dahi Amoi dah sembuh |
Aku teruskan rawatan seperti biasa selama 6 bulan tetapi tiada perubahan untuk Amok, hidung masih bengkak dan akhirnya bengkak tersebut pecah menjadi kudis, seterusnya merebak semula ke mata, tangan, badan dan kaki. Ubat yang kuberikan dah tak memberi tindak balas apa-apapun. Kudisnya semakin teruk dan lama-kelamaan mula membusuk. Aku pasang net di keliling sangkarnya kerana aku bimbang lalat menghinggap dikudisnya yang akhirnya boleh menyebabkan ulat. Susahnya hati hanya tuhan je yang tahu,,aku solat hajat supaya diberikan petunjuk. Alhamdulillah, aku digerakkan hati untuk berjumpa Dr.Lee di Batu Buruk, Terengganu (Klinik Veterinar Haiwanku). Kombinasi ubat untuk merawat Amok kali ini memang berbeza dan lebih murah berbanding dua klinik terdahulu.
Keadaan Amok yang semakin teruk. |
Aku buang ubat yang terdahulu dan aku berikan ubat yang baru kepada Amok, dalam masa dua minggu aku lihat ada perubahan, kuping-kuping dari kudis jatuh berguguran dan minggu keempat kudis Amok semakin mengecil dan sekarang Amok dah sembuh 90 peratus. Alhamdulillah, dan aku telah berpuasa satu hari, sebagai nazarku jika Amok sembuh.
Cepatlah sembuh Amok, cepatlah gemuk semula.. kesian Amok dah setahun dalam sangkar, tak sabar nak lepaskan Amok dalam rumah, dapat bermain dengan Amoi macam dulu. Amoi sentiasa setia menunggu Amok, dia selalu duduk di depan sangkar Amok.
****
Jika kucing terkena sporo atau apa-apa sakitpun, jangan putus asa dan sentiasa berdoa semoga dia sembuh. Selain itu, pemilik mesti juga berusaha untuk mencari alternatif lain jika sakit mereka tiada perubahan. Macam manusia juga, kekadang kita boleh sembuh dengan rawatan dari Dr.A, tetapi orang lain mungkin tak serasi dengan rawatan dari Dr.A. Mungkin juga ada masanya kita juga tak serasi dengan ubat Dr.A.fikir-fikirkanlah.
Kepada pemilik-pemilik, janganlah sayang mereka hanya ketika mereka cantik, gemuk dan muda. Ambillah tanggungjawab tersebut sampai bila-bila, tak kira walau dalam apapun keadaan mereka. Tanya diri sendiri, setakat mana kita sanggup bekorban untuk mereka?? Setakat mana sayangnya kita pada mereka??. Anggaplah mereka juga amanah Allah pada kita, Allah nak beri pahala pada kita sebagai penjaganya, Dia pinjamkan sekejap jer pada kita sebagai ujian. Redha jerlah, jangan kedekut, jangan bimbang duit habis. Rawatan kucing sakit memang tinggi tapi percayalah,,apa yang kita korbankan itu, kita akan dapat balik, mungkin lebih banyak lagi Allah akan beri pada kita, cuma cepat atau lambat je.. bersabarlah. In Shaa Allah..akan dipermudahkan segala urusan.
Kepada doktor haiwan, selalulah lakukan penyelidikan,cari alternatif perubatan, jangan harapkan satu kaedah dalam merawat sesuatu penyakit, tanya perkembangan pesakit anda walaupun ianya seekor kucing terutama yang berpenyakit kronik macamni kerana tuan kucing dah banyak berhabis untuk kesihatan kucing mereka. Jangan ada diskriminasi dalam merawat haiwan,jangan dibeza-bezakan mereka,berpegang kepada satu prinsip UNTUK MENYELAMATKAN NYAWA...walaupun ianya seekor kucing jalanan.