Thursday, 9 August 2012

Mengapa aku cuba menyelamatkan Tuah

Siapa Tuah?? Kenapa aku sibuk-sibuk nak tolong Tuah, padahal di kampung masih ramai lagi yang memerlukan perhatian aku...

Gambar shout-out di KTAJ
Tuah hanyalah kucing jalanan yang mungkin bagi orang ramai ibarat sampah,,lebih-lebih lagi dengan keadaan dia yang berpenyakit macamni,,,siapalah yang suka,,malah mungkin ramai pula yang membenci, memandang jijik...takpe la Tuah,,kebanyakkan manusia memang begitu..kalau tak,,tak adalah pahala dan dosa, Syurga dan Neraka..

Dalam kereta ketika dibawa ke Kuantan

Apakah bezanya Tuah dengan kita??? Tuah hanyalah seekor kucing dan kita adalah makhluk berakal yang kekadang tidak menggunakan akalnya..namun begitu Tuah dan kita adalah makhluk ciptaan Allah, diapun ada hak untuk hidup di dunia ini. Walaupun Tuah seekor kucing tetapi dia lebih beriman dari kita,,kenapa aku katakan begitu?? Tuah berzikir 24 jam,,kita macamana?? Tuah sabar ketika menanggung sakit yang teruk, tak pernahpun aku dengar dia berbunyi bising,,macamana pula jika kita yang kena penyakit serupa Tuah?...mungkin keluh kesah jer yang selalu keluar dari mulut kita ni...
 
Tuah adalah kucing jalanan dan mungkin dulunya mempunyai tuan, Tuah telah menjadi penghuni IPG Besut semenjak 3 tahun lepas atau mungkin lebih lama dari itu lagi..menurut CDAN (pelajar IPG yang selalu beri Tuah makan), Tuah dah berada di IPG semenjak kali pertama dia menjejakkan kaki di IPG. CDAN telah menghantar post ke KTAJ untuk meminta bantuan kerana badan Tuah banyak kudis dan pelajar lain ingin membuang Tuah ke pasar sebab Tuah suka tidur di kasut mereka, darah Tuah telah mengotori kasut mereka. Akupun menyuruh CDAN menghantar Tuah ke Kuala Terengganu supaya aku boleh hantarkan Tuah mendapatkan rawatan di Kuantan kerana di Terengganu belum ada klinik haiwan yang baik,,yang ada pun tak dapat merawat sporo. Akupun menyuruh CDAN menghantar Tuah ke klinik swasta di Kuala Terengganu...(tak pasti samada dia ni doktor sebenar ataupun doktor jadi-jadian). Harapanku supaya Tuah mendapat rawatan pertamanya,,lagipun pada masa itu aku masih lagi dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur. Keesokkannya barulah aku mengambil Tuah dan terus membawanya ke Kuantan,,dalam kereta aku bercakap-cakap dengan Tuah,,aku suruh dia kuat semangat, lawan sakitnya,,aku katakan padanya yang aku akan menjaganya terus jika dia keluar dari wad kelak..

Tuah berada dalam keadaan khayal

Apabila tiba di klinik Jawhari, Kuantan,,doktor kata Tuah berada dalam keadaan khayal,,akupun ceritalah padanya bahawa Tuah telah dirawat terlebih dulu di Kuala Terengganu...setelah bersoal jawab,,Dr.Jawhari kata tak adapun Doktor haiwan yang bernama ......(tak boleh dipaparkan di sini). Alamak..ini kes berat,,entah apalah yang dah diberikan pada Tuah...menyesalnya aku menyuruh CDAN menghantar Tuah ke sana...apa boleh buat, benda dah berlaku..aku tinggalkan Tuah dan berpesan kepada Doktor supaya merawat Tuah sebaik mungkin..



Keesokkanya aku telefon klinik untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang si Tuah, Doktor kata Tuah disahkah ada sporo, FeLV+ve, FIV+ve dan jaundice. Aduhai..beratnya penyakit Tuah..aku tahu Tuah tiada harapan untuk hidup lama,,tetapi aku tak berputus harap,,setiap hari aku berdoa supaya Tuah sihat semula,,manalah tahu ada keajaiban boleh berlaku...tetapi Tuah hanya mampu bertahan selama 3 minggu sahaja dan pada hari Selasa 7.8.2012, Tuah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir..Tuah pergi jua,,tiada lagi penderitaan yang terpaksa kau tanggung Tuah...berbahagialah kau di sana.


Kali terakhir aku melawat Tuah dalam keadaan dia masih lagi bernyawa

Kali terakhir aku melawat Tuah ialah seminggu sebelum dia meninggalkan dunia ini,,maklumlah aku di Kuala Terengganu,,aku tak mampu menjenguk Tuah selalu,,jaraknya jauh,,4jam baru sampai di Kuantan,,sememangnya aku bercadang untuk melawat Tuah setiap minggu. Pada hari aku menjenguk Tuah,,sayunya hati aku melihat Tuah yang sudah tidak bermaya,,Doktor kata Tuah tak nak makan, airpun dimasukkan secara drip, doktor juga kata Tuah dah give-up..aku usap-usap kepala Tuah..aku katakan padanya "kalau Tuah nak pergi, Tuah pergilah sayang,,jangan ditahan-tahan lagi, mummy izinkan, tetapi kalau Tuah nak hidup,,Tuah kuatkan semangat, lawan sakit Tuah..apa-apapun mummy tetap sayangkan Tuah" pada masa itu,,air mataku gugur juga akhirnya..seperti dia  faham kata-kataku...Tuah mengangkatkan kepalanya, itulah kali terakhir pertemuan aku dengan si Tuah..walaupun hanya sekejap aku bersama Tuah, namun ianya memberi kesan yang amat dalam dijiwa aku ini dan Tuah tetap ada satu tempat yang sangat istimewa dalam hatiku untuk selama-lamanya...




Kenapa aku ingin membantu Tuah?? sebab utama ialah instinct aku menyuruh aku membantu Tuah. Selain dari itu, aku sebenarnya pernah kehilangan 5 ekor kucing peliharaanku akibat sporo, mereka ialah Sonia dan anaknya (Kakak dan Tuah), Bobby dan juga Bintang (kakak Bulan)...2 ekor dah sihat (Bulan dan Amoi) dan seekor lagi (Amok) masih belum sembuh lagi. Gambar Sonia dan anaknya si Kakak tiada dalam simpanan aku. Sesiapa yang pernah menjaga kucing berpenyakit sporo, tentu mereka akan merasai betapa mencabarnya, memerlukan kekuatan fizikal dan mental serta sokongan kewangan yang baik kerana rawatan untuk kucing yang berpenyakit seperti ini sangat tinggi kosnya. Aku dapat rasakan betapa azabnya kucing yang berpenyakit Sporoni,,boleh diibaratkan seperti bangkai bernyawa. Kerana itu aku ingin membantu Tuah, kesian dia menanggung derita. Walaubagaimanapun, aku tak mampu membantu semua kucing sepertinya,,aku ada prinsip apabila membantu kucing terbiar, iaitu apabila aku menyelamatkan seekor kucing,,aku akan lakukan dari mula hingga akhir,keutamaan aku ialah anak-anak kucing, ibu-ibu kucing yang mengandung dan kucing yang sakit, selain itu.. aku mesti gunakan duit aku sepenuhnya selagi mampu, aku juga akan terus pelihara mereka hingga akhir hayat, aku tak akan menyerahkan mereka kepada sesiapapun..kerana aku susah nak percayakan orang lain..semoga Allah murahkan rezeki dan panjangkan umur aku agar aku dapat membantu lebih banyak lagi kucing-kucing malang di luar sana.


Budak-budak sporo dalam kenangan


  
Inilah budak yang ajaib..Bulan, dari luarannya keadaan Bulan lagi teruk dari Tuah,,sebab itu aku sangat yakin bahawa Tuah boleh diselamatkan.


Gambar terkini Si Bulan

Amoipun dah baik...

Amoi dan Amok ketika tanda-tanda terkena sporo


Sporo di dahi Amoi


Gambar terkini Si Amoi

Amok belum sembuh lagi...sporo Amok lebih teruk dari Amoi..tetapi Amok menunjukkan tanda-tanda yang positif..semoga Amok cepat sembuh..masalahnya, sporo Amok ada yang tumbuh di dalam hidungnya, hidungnya menjadi bengkak dan sporo itu juga telah menghalang salur pernafasan Amok, jadinya kekadang Amok macam susah nak bernafas..


Keadaan Amok lebih teruk dari Amoi


Gambar terkini Si Amok- luka dah sembuh, cuma hidungnya masih bengkak.

Bulan, Amoi dan Amok, ketiga-tiganya FIV+Ve, tak apa lah, asalkan mereka masih lagi berselera makan, aktif bermain,aku dah sangat-sangat bersyukur. Sebenarnya aku ingin membawa Tuah balik ke rumah untuk ku rawat sendiri seperti ketiga-tiga budak sporo ni,,tapi malangnya Tuah juga adalah FeLV+ve, penyakit merbahaya yang senang berjangkit,,aku bimbang budak bertiga ini dan juga Harry akan dijangkiti FeLV tersebut..walaupun aku tak merawat Tuah, tetapi sekurang-kurangnya Tuah tidak mati bersendirian di tepi longkang, di rimbunan pokok atau juga di longgokan sampah, aku berpuashati kerana Tuah telah mendapat rawatan yang sepatutnya dia terima. 

Ada juga kawan-kawan, sedara-mara yang memandang sinis dengan apa yang aku lakukan sekarang..kata mereka, "buat apalah kau membazir duit beribu-ribu untuk kucing,,bukan dapat apa-apapun, kalau kau bela lembu, kambing atau ayam,,dapat juga hasilnya.." Dalam hati aku,,suka hati kaulah nak kata apapun,,bagi aku,,inilah bahagian hidup aku, ujian bagi aku..jangan pandang hina dengan apa yang aku lakukan,,takut nanti kehinaan itu berbalik pada diri sendiri, anak cucu kau pulak...

Mungkin orang lain merasa puas apabila memiliki harta melimpah ruah, barang kemas bertimbun, rumah bagai istana,tanah berekar-ekar, kereta ratusan ribu. Dengan status aku sekarangni,,kepuasan aku ialah jika aku dapat melihat budak-budakni sihat, dapat makan makanan yang agak baik dan rawatan sepatutnya. Aku tak mengharapkan harta melimpah ruah (tapi kalau Allah nak bagi...alhamdulillah..:-)), cukuplah hanya kalau Allah murahkan rezeki aku untuk membantu budak-budak malangni, cukup keperluan hidup aku..pakaian, tempat tinggal, makan dan sekali-sekala dapat pergi melancong...itu sahajapun dah cukup...:-))

****
Ikutlah naluri kita apabila ingin membantu kucing-kucing malang, kalau nak bantu,,bantulah tanpa banyak cerita dan alasan, bantulah dari mula hingga akhir.. jangan sekali-kali mengharapkan apa-apa balasan, pujian atau sanjungan, lakukan dengan ikhlas dengan hati yang tenang dan terbuka..apabila kita meringankan derita makhluk lain,,mungkin kesusahan dan kesempitan kita juga akan diringankan..insyaAllah..


2 comments:

  1. assalam...sy afiq..bru je balik dr vet..dan dapat taw 2 ekor kucing sy kne sporo..peringkat awal..tetapi..still merisaukan sgt2...terus sy google dan jumpe blog saudari...leh tak bg nasihat..sy betul2 blur dan pening..leh tak contact sy di afiq@my-iib.com..harap dpt contact sy..terima kasih

    ReplyDelete
  2. Tolong sy juga ..harap dpt bg info klinik yg boleh sy bawa kucing sy ..seekor dah mati ...skang sekor lg tgh menderita sporo ...mohon bantuan ...mohon panduan ... hanya allah swt dpt mblsnya ..sy nk sgt 'baby' sihat mcm dulu ...email sy ..rozalitashamsudin@gmail.com

    ReplyDelete