Agak lama aku tak menulis diblog akuni,,sedar tak sedar dah Hari Raya Korban. Aku tak balik ke kampung..terasa sakit di seluruh badan,,sendi-sendiku sengal-sengal,,tak larat untuk memandu sejauh 500km. Seperti biasa aku ditemani oleh 4 budak..BULAN, HARRY, AMOK dan AMOI..
Cuti Raya ni konon-kononnya aku ingin menyiapkan kerja dan kemudiannya balik ke Batu Pahat. Tapi hari ini aku hanya menghabiskan masa bersantai-santai di depan tv sambil menunggu orang jemput makan di hari raya. Ada juga yang jemput makan,,tapi aku segan la pulak...akhirnya aku goreng keropok lekor sebagai juadah di pagi raya. Sepanjang aku berada di Terengganu selama 10 tahun, ini merupakan kali ke-3 aku tak pulang ke kampung. Kalau dulu aku tak balik kerana hujan lebat dan banjir, takut terperangkap dalam banjir. Kali ini lain pula sebabnya..bukan sengaja..cuma aku tak larat jer..
Rumah yang aku tinggalni berhadapan dengan surau...pagi-pagi lagi aku nampak 3 ekor lembu telah diikat untuk dikorbankan. Kesian juga, aku berdoa dalam hati semoga Allah mengurangkan kesakitan lembu-lembu itu semasa disembelih nanti. Itulah yang dinamakan kehidupan....selagi kita hidup,,selagi itulah banyak pengorbanan yang perlu kita lakukan sehinggalah nafas kita terhenti.
Rindunya kat Comat....
Rindunya kat Apang....
Rindu kat semuanya yang lain....(tak muat untuk diletakkan gambar mereka semua)
Alangkah bahagianya jika aku mampu membawa mereka semua tinggal bersama aku di Terengganu,, sentiasa di depan mata...InsyaAllah satu hari nanti aku akan dapat juga tinggal bersama mereka..semoga rezeki aku bertambah di masa akan datang.
Aku lupa nak update tentang anak yatim yang berlima tu..anak yatim yang berlimatu kini hanya tinggal dua ekor sahaja,,Tysonpun mati secara tiba-tiba,,kini tinggallah PLUTO (Mok) dan Bull..
Inilah Bull...gambar yang diambil pada bulan September..
Dan..PLUTO (MOK)...

TYSON dalam kenangan |
Inilah Bull...gambar yang diambil pada bulan September..
BULL yang hensem |
Dan..PLUTO (MOK)...
PLUTOpun hensem juga... |
Budak-budak tujuh ekor yang dibuang orang di belakang rumah aku telahpun kupindahkan ke rumah baru,,semakin lama semakin bertambah kucing-kucing di rumah aku..apakan daya, aku tak mampu untuk menahan perbuatan orang kampung yang tak berperikemanusiaan itu. Semoga Allah bukakan rezeki untuk aku mendapatkan sebidang tanah dan modal untuk mendirikan shelter yang lebih selesa untuk mereka semua. Biarlah aku menghabiskan hidupku bersama mereka nanti...samada aku panjang umur atau tidak,,aku serahkan kepada yang Esa untuk menentukan yang terbaik untuk aku dan kucing-kucing malangni.
****
Bekorban bukan hanya terhadap manusia sahaja,,tetapi juga terhadap makhluk bernyawa disekeling kita..Bekorban terhadap manusia kekadang menyebabkan kita yang terkorban...:-)
****
Bekorban bukan hanya terhadap manusia sahaja,,tetapi juga terhadap makhluk bernyawa disekeling kita..Bekorban terhadap manusia kekadang menyebabkan kita yang terkorban...:-)
dh berapa ekor kak kucing yg ada?
ReplyDelete