Thursday, 6 December 2012
Friday, 26 October 2012
Raya Korban
Agak lama aku tak menulis diblog akuni,,sedar tak sedar dah Hari Raya Korban. Aku tak balik ke kampung..terasa sakit di seluruh badan,,sendi-sendiku sengal-sengal,,tak larat untuk memandu sejauh 500km. Seperti biasa aku ditemani oleh 4 budak..BULAN, HARRY, AMOK dan AMOI..
Cuti Raya ni konon-kononnya aku ingin menyiapkan kerja dan kemudiannya balik ke Batu Pahat. Tapi hari ini aku hanya menghabiskan masa bersantai-santai di depan tv sambil menunggu orang jemput makan di hari raya. Ada juga yang jemput makan,,tapi aku segan la pulak...akhirnya aku goreng keropok lekor sebagai juadah di pagi raya. Sepanjang aku berada di Terengganu selama 10 tahun, ini merupakan kali ke-3 aku tak pulang ke kampung. Kalau dulu aku tak balik kerana hujan lebat dan banjir, takut terperangkap dalam banjir. Kali ini lain pula sebabnya..bukan sengaja..cuma aku tak larat jer..
Rumah yang aku tinggalni berhadapan dengan surau...pagi-pagi lagi aku nampak 3 ekor lembu telah diikat untuk dikorbankan. Kesian juga, aku berdoa dalam hati semoga Allah mengurangkan kesakitan lembu-lembu itu semasa disembelih nanti. Itulah yang dinamakan kehidupan....selagi kita hidup,,selagi itulah banyak pengorbanan yang perlu kita lakukan sehinggalah nafas kita terhenti.
Rindunya kat Comat....
Rindunya kat Apang....
Rindu kat semuanya yang lain....(tak muat untuk diletakkan gambar mereka semua)
Alangkah bahagianya jika aku mampu membawa mereka semua tinggal bersama aku di Terengganu,, sentiasa di depan mata...InsyaAllah satu hari nanti aku akan dapat juga tinggal bersama mereka..semoga rezeki aku bertambah di masa akan datang.
Aku lupa nak update tentang anak yatim yang berlima tu..anak yatim yang berlimatu kini hanya tinggal dua ekor sahaja,,Tysonpun mati secara tiba-tiba,,kini tinggallah PLUTO (Mok) dan Bull..
Inilah Bull...gambar yang diambil pada bulan September..
Dan..PLUTO (MOK)...

TYSON dalam kenangan |
Inilah Bull...gambar yang diambil pada bulan September..
BULL yang hensem |
Dan..PLUTO (MOK)...
PLUTOpun hensem juga... |
Budak-budak tujuh ekor yang dibuang orang di belakang rumah aku telahpun kupindahkan ke rumah baru,,semakin lama semakin bertambah kucing-kucing di rumah aku..apakan daya, aku tak mampu untuk menahan perbuatan orang kampung yang tak berperikemanusiaan itu. Semoga Allah bukakan rezeki untuk aku mendapatkan sebidang tanah dan modal untuk mendirikan shelter yang lebih selesa untuk mereka semua. Biarlah aku menghabiskan hidupku bersama mereka nanti...samada aku panjang umur atau tidak,,aku serahkan kepada yang Esa untuk menentukan yang terbaik untuk aku dan kucing-kucing malangni.
****
Bekorban bukan hanya terhadap manusia sahaja,,tetapi juga terhadap makhluk bernyawa disekeling kita..Bekorban terhadap manusia kekadang menyebabkan kita yang terkorban...:-)
****
Bekorban bukan hanya terhadap manusia sahaja,,tetapi juga terhadap makhluk bernyawa disekeling kita..Bekorban terhadap manusia kekadang menyebabkan kita yang terkorban...:-)
Thursday, 9 August 2012
Mengapa aku cuba menyelamatkan Tuah
Siapa Tuah?? Kenapa aku sibuk-sibuk nak tolong Tuah, padahal di kampung masih ramai lagi yang memerlukan perhatian aku...
Gambar shout-out di KTAJ |
Tuah hanyalah kucing jalanan yang mungkin bagi orang ramai ibarat sampah,,lebih-lebih lagi dengan keadaan dia yang berpenyakit macamni,,,siapalah yang suka,,malah mungkin ramai pula yang membenci, memandang jijik...takpe la Tuah,,kebanyakkan manusia memang begitu..kalau tak,,tak adalah pahala dan dosa, Syurga dan Neraka..
Apakah bezanya Tuah dengan kita??? Tuah hanyalah seekor kucing dan kita adalah makhluk berakal yang kekadang tidak menggunakan akalnya..namun begitu Tuah dan kita adalah makhluk ciptaan Allah, diapun ada hak untuk hidup di dunia ini. Walaupun Tuah seekor kucing tetapi dia lebih beriman dari kita,,kenapa aku katakan begitu?? Tuah berzikir 24 jam,,kita macamana?? Tuah sabar ketika menanggung sakit yang teruk, tak pernahpun aku dengar dia berbunyi bising,,macamana pula jika kita yang kena penyakit serupa Tuah?...mungkin keluh kesah jer yang selalu keluar dari mulut kita ni...
Tuah adalah kucing jalanan dan mungkin dulunya mempunyai tuan, Tuah telah menjadi penghuni IPG Besut semenjak 3 tahun lepas atau mungkin lebih lama dari itu lagi..menurut CDAN (pelajar IPG yang selalu beri Tuah makan), Tuah dah berada di IPG semenjak kali pertama dia menjejakkan kaki di IPG. CDAN telah menghantar post ke KTAJ untuk meminta bantuan kerana badan Tuah banyak kudis dan pelajar lain ingin membuang Tuah ke pasar sebab Tuah suka tidur di kasut mereka, darah Tuah telah mengotori kasut mereka. Akupun menyuruh CDAN menghantar Tuah ke Kuala Terengganu supaya aku boleh hantarkan Tuah mendapatkan rawatan di Kuantan kerana di Terengganu belum ada klinik haiwan yang baik,,yang ada pun tak dapat merawat sporo. Akupun menyuruh CDAN menghantar Tuah ke klinik swasta di Kuala Terengganu...(tak pasti samada dia ni doktor sebenar ataupun doktor jadi-jadian). Harapanku supaya Tuah mendapat rawatan pertamanya,,lagipun pada masa itu aku masih lagi dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur. Keesokkannya barulah aku mengambil Tuah dan terus membawanya ke Kuantan,,dalam kereta aku bercakap-cakap dengan Tuah,,aku suruh dia kuat semangat, lawan sakitnya,,aku katakan padanya yang aku akan menjaganya terus jika dia keluar dari wad kelak..
Apabila tiba di klinik Jawhari, Kuantan,,doktor kata Tuah berada dalam keadaan khayal,,akupun ceritalah padanya bahawa Tuah telah dirawat terlebih dulu di Kuala Terengganu...setelah bersoal jawab,,Dr.Jawhari kata tak adapun Doktor haiwan yang bernama ......(tak boleh dipaparkan di sini). Alamak..ini kes berat,,entah apalah yang dah diberikan pada Tuah...menyesalnya aku menyuruh CDAN menghantar Tuah ke sana...apa boleh buat, benda dah berlaku..aku tinggalkan Tuah dan berpesan kepada Doktor supaya merawat Tuah sebaik mungkin..
Keesokkanya aku telefon klinik untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang si Tuah, Doktor kata Tuah disahkah ada sporo, FeLV+ve, FIV+ve dan jaundice. Aduhai..beratnya penyakit Tuah..aku tahu Tuah tiada harapan untuk hidup lama,,tetapi aku tak berputus harap,,setiap hari aku berdoa supaya Tuah sihat semula,,manalah tahu ada keajaiban boleh berlaku...tetapi Tuah hanya mampu bertahan selama 3 minggu sahaja dan pada hari Selasa 7.8.2012, Tuah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir..Tuah pergi jua,,tiada lagi penderitaan yang terpaksa kau tanggung Tuah...berbahagialah kau di sana.
Kali terakhir aku melawat Tuah ialah seminggu sebelum dia meninggalkan dunia ini,,maklumlah aku di Kuala Terengganu,,aku tak mampu menjenguk Tuah selalu,,jaraknya jauh,,4jam baru sampai di Kuantan,,sememangnya aku bercadang untuk melawat Tuah setiap minggu. Pada hari aku menjenguk Tuah,,sayunya hati aku melihat Tuah yang sudah tidak bermaya,,Doktor kata Tuah tak nak makan, airpun dimasukkan secara drip, doktor juga kata Tuah dah give-up..aku usap-usap kepala Tuah..aku katakan padanya "kalau Tuah nak pergi, Tuah pergilah sayang,,jangan ditahan-tahan lagi, mummy izinkan, tetapi kalau Tuah nak hidup,,Tuah kuatkan semangat, lawan sakit Tuah..apa-apapun mummy tetap sayangkan Tuah" pada masa itu,,air mataku gugur juga akhirnya..seperti dia faham kata-kataku...Tuah mengangkatkan kepalanya, itulah kali terakhir pertemuan aku dengan si Tuah..walaupun hanya sekejap aku bersama Tuah, namun ianya memberi kesan yang amat dalam dijiwa aku ini dan Tuah tetap ada satu tempat yang sangat istimewa dalam hatiku untuk selama-lamanya...
Kenapa aku ingin membantu Tuah?? sebab utama ialah instinct aku menyuruh aku membantu Tuah. Selain dari itu, aku sebenarnya pernah kehilangan 5 ekor kucing peliharaanku akibat sporo, mereka ialah Sonia dan anaknya (Kakak dan Tuah), Bobby dan juga Bintang (kakak Bulan)...2 ekor dah sihat (Bulan dan Amoi) dan seekor lagi (Amok) masih belum sembuh lagi. Gambar Sonia dan anaknya si Kakak tiada dalam simpanan aku. Sesiapa yang pernah menjaga kucing berpenyakit sporo, tentu mereka akan merasai betapa mencabarnya, memerlukan kekuatan fizikal dan mental serta sokongan kewangan yang baik kerana rawatan untuk kucing yang berpenyakit seperti ini sangat tinggi kosnya. Aku dapat rasakan betapa azabnya kucing yang berpenyakit Sporoni,,boleh diibaratkan seperti bangkai bernyawa. Kerana itu aku ingin membantu Tuah, kesian dia menanggung derita. Walaubagaimanapun, aku tak mampu membantu semua kucing sepertinya,,aku ada prinsip apabila membantu kucing terbiar, iaitu apabila aku menyelamatkan seekor kucing,,aku akan lakukan dari mula hingga akhir,keutamaan aku ialah anak-anak kucing, ibu-ibu kucing yang mengandung dan kucing yang sakit, selain itu.. aku mesti gunakan duit aku sepenuhnya selagi mampu, aku juga akan terus pelihara mereka hingga akhir hayat, aku tak akan menyerahkan mereka kepada sesiapapun..kerana aku susah nak percayakan orang lain..semoga Allah murahkan rezeki dan panjangkan umur aku agar aku dapat membantu lebih banyak lagi kucing-kucing malang di luar sana.
Inilah budak yang ajaib..Bulan, dari luarannya keadaan Bulan lagi teruk dari Tuah,,sebab itu aku sangat yakin bahawa Tuah boleh diselamatkan.

Kali terakhir aku melawat Tuah dalam keadaan dia masih lagi bernyawa |

Budak-budak sporo dalam kenangan
Inilah budak yang ajaib..Bulan, dari luarannya keadaan Bulan lagi teruk dari Tuah,,sebab itu aku sangat yakin bahawa Tuah boleh diselamatkan.
Amoipun dah baik...
Amoi dan Amok ketika tanda-tanda terkena sporo |
Sporo di dahi Amoi |
Gambar terkini Si Amoi |
Amok belum sembuh lagi...sporo Amok lebih teruk dari Amoi..tetapi Amok menunjukkan tanda-tanda yang positif..semoga Amok cepat sembuh..masalahnya, sporo Amok ada yang tumbuh di dalam hidungnya, hidungnya menjadi bengkak dan sporo itu juga telah menghalang salur pernafasan Amok, jadinya kekadang Amok macam susah nak bernafas..
Keadaan Amok lebih teruk dari Amoi |
Gambar terkini Si Amok- luka dah sembuh, cuma hidungnya masih bengkak. |
Ada juga kawan-kawan, sedara-mara yang memandang sinis dengan apa yang aku lakukan sekarang..kata mereka, "buat apalah kau membazir duit beribu-ribu untuk kucing,,bukan dapat apa-apapun, kalau kau bela lembu, kambing atau ayam,,dapat juga hasilnya.." Dalam hati aku,,suka hati kaulah nak kata apapun,,bagi aku,,inilah bahagian hidup aku, ujian bagi aku..jangan pandang hina dengan apa yang aku lakukan,,takut nanti kehinaan itu berbalik pada diri sendiri, anak cucu kau pulak...
Mungkin orang lain merasa puas apabila memiliki harta melimpah ruah, barang kemas bertimbun, rumah bagai istana,tanah berekar-ekar, kereta ratusan ribu. Dengan status aku sekarangni,,kepuasan aku ialah jika aku dapat melihat budak-budakni sihat, dapat makan makanan yang agak baik dan rawatan sepatutnya. Aku tak mengharapkan harta melimpah ruah (tapi kalau Allah nak bagi...alhamdulillah..:-)), cukuplah hanya kalau Allah murahkan rezeki aku untuk membantu budak-budak malangni, cukup keperluan hidup aku..pakaian, tempat tinggal, makan dan sekali-sekala dapat pergi melancong...itu sahajapun dah cukup...:-))
****
Ikutlah naluri kita apabila ingin membantu kucing-kucing malang, kalau nak bantu,,bantulah tanpa banyak cerita dan alasan, bantulah dari mula hingga akhir.. jangan sekali-kali mengharapkan apa-apa balasan, pujian atau sanjungan, lakukan dengan ikhlas dengan hati yang tenang dan terbuka..apabila kita meringankan derita makhluk lain,,mungkin kesusahan dan kesempitan kita juga akan diringankan..insyaAllah..
Sunday, 5 August 2012
Selamat Jalan Le Roy
Baru-baru ini Le Roy pula telah menemui penciptaNya. Semenjak aku tinggalkan mereka di bawah jagaan ibuku, tanpa disedari mereka dahpun berusia 2 bulan lebih. Tapi apakan daya Le Roy kalah dalam perjuangannya untuk hidup lebih lama. Kata ibuku Le Roy hilang selera makan, namun masih makan dalam kuantiti yang kecil. Seperti Daisy, Le Roy juga meninggalkan abang-abangnya terlalu cepat dan mudah.
Anak-anak kucing yang kematian ibu mereka diwaktu kecil memang sukar untuk survive. Daya tahan mereka terhadap penyakit memang lemah. Oleh itu, mereka perlu diberi susu dan makanan yang tinggi khasiatnya dan jika boleh, mereka perlu diberi Vetri-DMG dan multivitamin dalam bentuk cecair (dapatkan di klinik dalam sukatan yang betul). Walaubagaimanapun, takdir menentukan segalanya dan ajal Le Roy telah sampai.
****
Le Roy, amanlah kau dan Daisy di sana di dalam pelukan ibumu. Aku dan abang-abangmu sentiasa mengingati dan merinduimu. Selamat jalan sayang...
Thursday, 26 July 2012
Akhirnya Daisy pergi jua..
Anak yatim berlima,,sekarang dah tinggal berempat..dah seminggu Daisy pergi meninggalkan empat abangnya yang lain..(Jumaat, 20.7.2012)walaupun mummy sedih, tapi mummy redha kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kamu.
Antara budak berlima tu,,memang Daisy agak lemah keadaannya, walaupun aku telah membawanya ke doktor haiwan, tetapi doktor tidak dapat melakukan banyak prosedur perubatan terhadapnya memandangkan Daisy terlalu kecil, baru sebulan umurnya. Doktor hanya memberinya vitamin.
Selamat tinggal Daisy, walaupun mummy berpeluang menjaga kamu seketika, tetapi mummy puashati kerana sudah melakukan yang terbaik untuk kamu..
Daisy yang sangat comel,,warna dan corak bulunya jarang ditemui dalam komuniti kucingku.. |
Daisy,,pergilah berjumpa ibu kamu yang sedang menanti kamu di sana. Abang-abangmu di sini tentu merindui kamu, doakan mereka sihat dan panjang umur yer Daisy..
****
Malangnya manusia selalu lupa bahawa dirinya adalah manusia sehingga mereka tergamak menafikan hak makhluk comel ini di atas muka bumi..tindakan mereka selalu menggambarkan bahawa merekalah makhluk ciptaan tuhan yang istimewa berbanding makhluk lain. Bukalah hati dan minda, berfikir secara waras, jangan ikutkan hati yang tergantung padanya beribu-ribu syaitan yang menghasut kita untuk berbuat jahat..
Thursday, 12 July 2012
Yatim Piatu Batch ke-2
Pulang ke kampung setelah lebih kurang 2 bulan aku berada di Terengganu,ada dua berita yang menyedihkan tentang anak-anak angkatku,, selain kematian Miss Linie, ada seekor ibu kucing yang mati secara tiba-tiba..., ibu kucingni belum sempat kuberikan nama,,dia merupakan salah seekor kucing yang dibuang orang secara beramai-ramai di dalam sangkar dan diletakkan dibawah sepohon pokok di hadapan rumahku di kampung (cerita mereka ada dipost sebelumni)...anak-anaknya baru mula buka mata, yang paling menyedihkan, anak-anaknya masih menyusu di jasad ibunya yang dah tak bernyawa itu...seminggu sebelum pulang,,,ibuku yang menjaga mereka.
Sampai jer di kampung, aku terus mencarikan susu khas untuk anak kucing...anak kucing tidak boleh sama sekali diberikan susu untuk anak manusia...mereka tak boleh hadam lactose (lactose intolerance), kesannya mereka akan cirit birit dan akhirnya boleh membawa kematian akibat dehydrate..mereka hanya boleh diberikan susu kambing ataupun susu khas untuk kitten...
Berasaskan susu kambing jenis serbuk |
Jenis cecair dalam tetra pack |
Budak-budakni 4 ekor jantan dan seekor betina...disebabkan mereka terlalu kecil,,maka perlu dipastikan mereka diberi susu setiap 3 jam sekali dan mereka juga mesti sentiasa berada dalam persekitaran yang suam.
Pengganti ibu mereka yang menghangatkan mereka dikala kedinginan, dibalut dengan tuala dan diletakkan bersama mereka di dalam kotak |
Diam tak diam dah sebulan umur budak-budak yatim piatu ni..tiba masanya untuk aku cuba memberi mereka makan...aku beri mereka makan royal canin untuk kitten..untuk umur sebulan,,rendam dulu hingga kembang dan kemudian beri mereka makan...mula-mulanya mereka jual mahal...tapi lama-kelamaan tertarik juga akhirnya...pandaipun mereka makan...
Hingga sekarang mereka semua sihat,,perut sentiasa kenyang,,tak banyak meragam..tetapi Daisy mengalami masalah kesihatan,,dia tak berapa nak makan dan minum susu...badannya menyusut,,lalu aku bawa Daisy ke klinik dan doktor hanya berikan vitamin dan ubat cacing..sukatan untuk Daisy ialah 0.1ml untuk vitamin dan juga 0.1ml untuk ubat cacing..untuk vitamin, Daisy perlu diberi 3 kali sehari. Kesemua budak-budaktu aku berikan ubat cacing, mereka perlu diberi seminggu sekali selama 3 minggu berturut-turut.
Warna kuning=ubat cacing, Warna coklat=vitamin untuk Daisy |
Aku lihat ada kutu di bulu mereka..melalui pembacaan, kutu juga boleh menyumbang kepada pembiakkan cacing pada kucing. Untuk anak-anak kucing yang umurnya baru sebulan, doktor nasihatkan aku untuk sapu sikit-sikit jer...sembur dulu atas kain dan kemudiannya gosokkan di atas bulu budak-budakni dalam arah yang bertentangan dengan arah bulu kucing.
Mummy cuba sedaya upaya untuk lihat kamu semua sihat dan membesar bagai johan,,dapat menjalani hidup yang ceria walaupun kamu anak yatim piatu tanpa ibu untuk menyusukan kamu, membersih dan bergurau dengan kamu,,takpe mummy ada,,mummy akan pastikan kamu semua sihat, selesa dan selamat.
****
Menjaga anak kucing yang kematian ibunya bukan perkara yang mudah...bila dah ambil tanggungjawab,,lakukan dengan betul dan sabar..insyaAllah apabila besar mereka akan menggembirakan kita..
Mak Uteh dan anak-anak balik kampung
Tibalah masanya untuk aku pulang ke kampung setelah 2 bulan lebih aku di Terengganu..Mak Uteh dan anak-anaknya aku bawa pulang bersama Harry, Bulan, Amok dan Amoi...penuh satu kereta...sehari sebelum bertolak akupun sibuk mengemas, menyusun barang-barang dan menyiapkan tempat mereka di dalam kereta...
Dalam pukul 9.30am akupun bertolak pulang,,mulanya si Uteh bising juga,,maklumlah dia tak pernah menaiki kereta..semakin jauh perjalanan lama-kelamaan diapun diam,,kekadang dia kelihatan resah juga,,kejap-kejap beralih tempat duduk...mungkin tak selesa terkurung di dalam carrier yang agak kecil untuk mereka anak-beranak.
Perjalanan selama 8 jam amat meletihkan, syukur alhamdulillah, kami semua tiba dengan selamat. Budak-budaknipun tak buat hal,,mereka langsung tak membuang dalam kereta..kalau tak, susah juga aku nak membersihkannya..
Mak Uteh dan anak-anaknya Molly, Jackie dan Abby kuletakkan dalam sangkar 3 tingkat,,kuletakkan mereka bersama geng-geng si Apang...bila dah serasi nanti aku akan lepaskan mereka berkawan..
****
Kalau nak campurkan kucing baru dan kucing lama,,,letakkan mereka dalam satu tempat di mana kucing baru diletakkan dalam sangkar dalam seminggu dua. Lama-kelamaan bau mereka dah sama,,bolehlah dilepaskan kucing baru tersebut...paling elok vaksinkan mereka sebelum mereka bercampur..bimbang kalau ada penyakit berjangkit...

Subscribe to:
Posts (Atom)