Thursday, 29 March 2012

Bodyguardku diimunisasi..

Rabu 28.3.2012, selain membawa Belang Muda bersunat aku juga membawa 4 ekor bodyguardku untuk divaksinkan. Dah setahun lebih budak-budakni tak menaiki kereta, nampaknya mereka tak selesa dan si Comat mula menampar-nampar si Emy dan si Mikey..


Tak sangka si Comat jadi stress bila naik kereta, selalunya dialah yang bersopan santun..mungkin Comat tak suka dikurung dalam sangkar beramai-ramai..pot...pet...pot...pet aku marahkan si Comat sepanjang perjalanan,,takut ada mata yang cedera terkena cakaran si Comat...tak pasal-pasal nanti buta mata macam Miss Linie..
 

Selalunya si Emylah yang paling bising sekali apabila menaiki kereta..dah kena tampar dengan si Comat..si Emy tak berani untuk membuka mulutnya..kehkehkeh..


Si Epy dan si Mikeylah yang paling baik..duduk diam dan tak banyak ragamnya.






Apabila sampai diklinik, Belang Muda disuntik dulu untuk dipengsankan. Kemudian barulah divaksinkan budak berempatni..


Si Mikey agak ketakutan apabila mendengar derap tapak kasut En.Abd. Malik


Si Emy memang tak tahu takut..bila tengok Emy teringat si Tabs (kucing Dr.Chan - My Animal Care). Emy budak yang sangat bijak macam Tabs..

Perjalanan balik terpaksalah Si Comat diasingkan di dalam carrier Belang Muda..bimbang dia akan menampar-nampar yang lain...Belang Muda pula dibaringkan di seat belakang..VVIP seat..bolehlah,, sebab dia pengsan masatu..
 
****
Korang sihat, hati mummypun senang,,kalau korang sakit,, hati mummy selalu tak senang...semoga semuanya dilindungi dari penyakit yang merbahaya dan perkara-perkara yang merbahaya...  















Wednesday, 28 March 2012

Belang Muda dan Belang Tua

Inilah dia mat-mat rempit yang mengorat si Bulan..sekor Belang Muda dan sekor lagi Belang Tua. Belang Muda datang ke rumah terlebih dulu dari Belang Tua. Hari ini, 28.3.2012..Belang Muda telah selamat disunatkan...

Belang Muda yang ensem tengah pengsan..

Belang Muda tengah lalok

Belang Tua ni ntah siapa tuannya, akupun tak tahu..tiba-tiba muncul depan pintu..mungkin datang cari girlfriend..sori yer Belang Tua,,semua anak dara, mak dara aku tidak dibenarkan keluar rumah...

Belang Tua yang masih ganteng..  

Duduklah sampai bila-bila yang kau mahu Belang..aku tetap akan pastikan perut kau terisi dan bila sakit aku akan cuba ubatkan mengikut kemampuan aku..

****
Rezeki yang kita dapat tu,,bukan 100% milik kita..ada sebahagiannya untuk yang lain termasuklah haiwan...jangan kedekut yer..kalau kucing datang minta makan,,berilah apa-apa yang ada untuk mengalas perutnya yang kelaparan itu dan mungkin dia akan berdoa untuk kita beribu kali.. 

Monday, 26 March 2012

Aku Ingin Berteman

Kalau tak silap umur Bulan dah nak masuk 2 tahun, cepatnya masa berlalu, kiranya Bulan dah masuk usia remaja. Tempoh matang kucing betina selalunya 5 bulan ke atas, tetapi Bulan sakit teruk...masa dia sakit dulu, dia tak ingat untuk mengorat kerana sibuk melayan sakitnya..Aku perasan sejak dua menjak ni dia dah pandai nak mengorat mat-mat rempit yang lalu lalang di rumah aku tu..Doktor kata Bulan boleh dispay apabila dia dah 100% sihat..tapi aku rasa tak berapa yakin untuk spay si Bulan ni..maklumlah penyakit Bulan ni kronik..silap haribulan luka dia tak baik dan berlaku infection..



Sian Bulan..terpaksa diletakkan berjauhan dari kawan-kawan yang lain akibat penyakitnya yang boleh berjangkit tu...


Kadang-kadang sedih gak tengok Bulan takde kawan,,duduk sorang-sorang, dulu masa dia kecik-kecik,,bahagia jer tengok dia bermain-main dengan mak dan adik-beradiknya, tapi..nak buat macamana? dah takdir hidup dia macamtu...










Sori yer Bulan,,Bulan tak boleh lepas bebas ngan mat-mat rempit tu,,semuatu untuk kebaikan Bulan juga,,


****
Kalau dah ditakdirkan hidup sendiri..TERIMALAH DENGAN REDHA...takde apa yang perlu dikesalkan..Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita...Bersyukurlah dengan apa yang ada,,walaupun hidup bertemankan seekor kucing...:-))Itulah ujian namanya,,takde sorangpun terlepas dari ujian Allah,,cuma bentuknya sahaja yang berbeza..oleh itu, jangan menghina atau pandang rendah kekurangan orang lain sebab kita sebenarnya "SAMA" jer..




Saturday, 24 March 2012

Cubaan meloloskan diri berjaya dipatahkan...

Peristiwa di satu petang....


Dak Atam dan Amoi telah memanjat tingkap dan terlihat suatu pemandangan yang indah dan menggoda..
Nampaknya dak Atam sangat teruja untuk keluar dengan cubaan menyelitkan badannya di situ..
Dak Apang yang dah bertambah berat badannya tidak berjaya melonjakkan dirinya di tingkap tersebut,,tarikan graviti terlalu kuat untuk dirinya..
Maka merekapun berbincang sesama mereka untuk menjayakan misi rahsia tersebut...
Nampaknya hanya 4 beradikni yang telah mencapai kata sepakat...mana dak Apang dan Amon nih??
Rupa-rupanya dak Amon dan Apang tak sanggup menanggung risiko kegagalan...
 Terutama Dak Apang yang penakut walaupun dialah satu-satunya dak jantan dalam keluarganya


Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan satu suara yang amat menakutkan..






Hahaha...jangan perasan aku nak biarkan korang berkeliaran di bawahtu yer budak-budak...aku dah tak larat nak menghambat korang balik ke rumah tau...
Dak Atam si Mastermind pun dah tak mampu untuk berbuat apa-apa lagi...hah..duduk situ diam-diam..biasa dia ehh...
 Kegagalan budak-budakni hari ini..tak semestinya mereka akan gagal lagi...jadi berhati-hatilah dengan tipu muslihat mereka...:-))
****
Jangan cuba-cuba untuk melakukan perkara yang dilarang,,buruk padahya nanti...hidup kena ada peraturan dan pegangan,,jangan pakai langgar jer...

Saturday, 17 March 2012

Jom ke Melaka!!

Isnin,,12.3.2012,,Apang, Amon dan Amok ku bawa ke Melaka. Apang sebenarnya sudah sampai masa untuk vaksin kali ke-2, vaksin kat mana-mana klinikpun sama jer tetapi Apang dulu ada kes Parvo Virus dan dirawat di klinik tersebut,,sambil-sambiltu bawa sekali dak Amon dan Amok yang tak berapa sihat. Amon nampak badannya masih tak stabil lagi dan Amok pula selsemanya tak sembuh-sembuh walaupun dah diberi ubat. 






Amon sebelumtu dah dibawa ke klinik kerana ada sedikit virus, dah dua minggu diberi ubat tetapi takde perubahan sangat,,jadinya aku bawa dia lagi untuk pemeriksaan lanjutan.
















Keselamatan mesti diutamakan,,pakaikan seat belt..



Carrier ni agak besar,,jadinya bolehlah disumbatkan budak 3 ekorni sekaligus..





Bila sampai,,klinik belum ada orang,,,kira akuni orang pertama yang sampai..senang hati takyah menunggu lama..Dr.Liza adalah pilihan aku sebabnya dia sangat teliti, lembut dengan kucing dan dia orang kampung aku juga...hehehe


Budak-budakni ditimbang dan diambil suhu badannya..berat Apang dan bertambah 500gram, Amokpun bertambah 200gram dan Amon rasanya tak berubah...budak kemetot..


Selesai semuanya dalam setengah jam jer..Amon dan Amok kena makan ubat dan Apang vaksin kali ke-2..sampai rumah dalam pukul 12.30pm...terimakasih kepada highway yang telah mempercepatkan perjalanan aku.

****
Kalau ada duit berilah rawatan yang sepatutnya mereka terima...kalau takde,,cukuplah ikhtiar rawatan di klinik kerajaan ataupun rawatan tradisional seperti air kelapa untuk demam,,kunyit atau daun senduduk untuk luka dan minyak jelantah untuk kurap..yang penting usaha untuk mengubati mereka dan jangan dibiarkan bila mereka sakit tanpa rawatan...

Tuesday, 6 March 2012

A Journey to Bandar Baru Bangi

Semalam, Selasa 6.3.2012 aku ke UKM untuk menyelesaikan kerja yang dah agak lama tertangguh. Harry kubawa bersama kerana dia ada masalah pernafasan, kelihatannya seperti asthma,,kesian Harry susah dia nak bernafas.




Dalam perjalanan di highway utara-selatan, sebahagian ekzos kereta aku tercabut ditengah jalan..bunyi keretapun dah macam kereta formula one,,dasyat tu..bila sampai di tol Bangi, malu  jugalah dengan bunyi yang mengaumtu..hehehe

Sampai di Bandar Baru Bangi aku terus ke klinik veterinar Honey Pet Shoppe,,tapi klinik masih tutup, pukul 2.00pm baru buka,, ada lagi 2jam,,jadinya aku mencari bengkel kereta,,ekzos kereta aku dah karat dan perlu ditukar semua...adoyaiii,,lari lagi bajet aku bulanni..takpelah asalkan kereta sedap dipandu dan selamat..budak-budak dibengkeltu suka dengan Harry tapi Harry tak mahu keluar dari carrier..takutlah tu..


Pukul 2.00pm klinikpun dibuka,,kira-kira 1 jam jugalah aku menunggu di depan klinik,,tapi Harry budak baik,,dia tak buat hal dan keluar sekejap-sekejap jer,,kemudian masuk semula ke carrier..anak mummy memang baik,,tengoklah siapa yang didik dia..:-)




Dr. kata Harry ada masalah pernafasan,,mungkin disebabkan dia obes, mungkin paru-parunya dah rosak, mungkin paru-parunya cacat dan berbagai lagi kemungkinan..Dr. akan lakukan blood test dan x-ray,,ya Allah kau sembuhkanlah Harry..kesiankanlah  Harry..









Hari ini dalam pukul 2.00pm aku akan ke klinik lagi untuk mengetahui perkembangan Harry. Semoga penyakit Harry dapat disembuhkan.


****
Dalam kehidupan ini berbagai kemungkinan boleh berlaku..bersedialah menghadapi segala kemungkinan dalam hidup, berserah kepada Allah dan berdoa semoga dipermudahkan segala urusan dan pengakhiran yang baik di dalam semua masalah yang kita hadapi. Mummy akan lakukan yang terbaik untuk anak-anak mummy walaupun sampai satu tahap mummy terpaksa korbankan apa yang mummy ada. Tapi aku percaya aku tak akan jadi papa kedana hanya membela haiwan kesayangan nabi ini..


Monday, 5 March 2012

Vaksin ke-2 Dak Yatim

Harini Isnin, 5.3.2012, dak yatim 4 ekor (AMOI, ABOT, ATAM dan AMOK) dan ATAI ke klinik untuk divaksinkan kali ke-2, AMON terkena virus Parvo minggu lepas dan dia tak boleh divaksinkan. AMON sekarang dalam rawatan dan terpaksa dikuarantinkan dulu. Manakala APANG pula akan divaksinkan pada 11.3.2012. 


 

Sepanjang perjalanan si AMOIlah paling bising sekali..dia takut agaknya..

Sampai di klinik,,budak-budak 4 ekorni tak bole divaksinkan kerana AMOK selsema. Disebabkan mereka tinggal bersama maka, jika salah sekor sakit, yang lain tak boleh divaksinkan walaupun pada zahirnya mereka kelihatan sihat. Ini adalah kerana dikhuatiri kuman telah ada di dalam tubuh badan mereka dan jika divaksinkan juga, akan menyebabkan kumantu trigger...ATAI sahajalah yang boleh divaksinkan..semoga mereka cepat sihat dan boleh divaksinkan segera..



Jomlah kita balik anak-anak,,
 



****
Apa-apa yang kita lakukan,,kita perlu ada ilmu walaupun hanya membela haiwan kesayangan. Kalau tak tahu,,kena bertanya,,kalau segan tanya,,cari maklumat di media cetak dan elektronik..